Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS menyifatkan Aliff Aziz tidak berjaya mengawal jiwa lagu Arjuna yang dibawanya dalam saingan minggu keenam program itu, malam tadi.
Maestro muzik itu menambah, persembahan Aliff menerusi lagu asal Dewa 19 juga tidak fokus.
“Dia bersepah banyak benda, tak proper. You menyanyi tu… dia tidak sebati dengan muzik. Ia sesuatu yang teknikal. Jadi you sepatutnya control.
“Lagu ini… dia bukannya susah, tapi nak control jiwa dia dan nada itu. So banyak bersepahlah. Yang kali ini, tak okay,” katanya.
Ramli mengulas mengenai persembahan tersebut sejurus Aliff selesai membuat persembahan.
Aliff berada di kedudukan tiga paling corot dengan 62.00 % bersama-sama Noryn Aziz (63.00%) dan Zamani yang diumumkan sebagai bintang yang tersingkir kali ini (56.50%).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini