Juri tetap All Star Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mendedahkan markah daripada persembahan solo merupakan penyumbang terbesar dalam kritiria pemilihan juara.
Menurut Ramli, para peserta sepatutnya memberikan persembahan yang terbaik memandangkan lagu daripada tugasan solo ini merupakan pilihan mereka sendiri.
“Sebenarnya para peserta tidak tahu mengenai peratusan markah di pentas akhir ini. Sengaja kami sembunyikan. Markah persembahan solo adalah 80 peratus kerana ia merupakan lagu pilihan mereka sendiri.
“Lagu duet dan battle, kami yang berikan. Markahnya 10 peratus setiap tugasan. Jadi, keseluruhannya adalah 100 peratus. Namun, itu tak bermakna 20% ini perlu dipandang remeh.
“Bila mereka memilih lagu sendiri, saya menjangkan mereka akan buat persembahan bermati-matian. Namun, selepas pusingan pertama, saya dah tahu siapa yang menang,” katanya kepada MH.
Ramli berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai pentas akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad.
Ads
Dalam pada itu, Ramli turut mendedahkan persembahan Jaclyn ketika tugasan solo sememangnya lebih menyerlah berbanding peserta lain.
“Secara peribadi, peserta lain tidak berikan persembahan terbaik manakala persembahan Jaclyn pula stabil. Ketika rehearsal, mereka buat persembahan bermati-matian untuk lagu solo.
“Cuma bila siaran langsung, persembahan mereka sedikit kurang berbanding Jaclyn. Pemilihan lagu Jaclyn juga sangat bagus. Jadi, dia layak bergelar pemenang,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, seorang lagi juri tetap, Datuk Syafinaz menyifatkan persembahan Jaclyn pada malam ini sangat berdisiplin dan lebih memberikan fokus terhadap diri sendiri.
“Bagi kami yang mendengar suara dengan jelas melalui earphone, kami sebulat suara mengatakan Jaclyn adalah pemenang. Kita tahu lagu yang dia bawakan itu agak susah. Bukan mudah nak bawakan lagu duet secara solo.
Ads
“Kawalan suaranya sangat bagus. Dia berjaya mempersembahkan lagu tersebut dengan sangat kemas. Dia juga sangat fokus dan tak terlalu mencuba untuk menyayingi orang lain.
“Dia hanya fokus untuk mencabar diri sendiri. Sebab itu suaranya kedengaran sangat ikhlas,” katanya.
Terdahulu, Jaclyn telah dinobatkan selaku juara ASGV sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM200,000, pakej percutian dan penginapan beserta trofi emas.
Sementara itu, tujuh peserta lain pula masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Pada malam ini, para peserta dipertanggungjawabkan untuk mempersembahkan tiga tugasan iaitu solo, duet dan battle.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon era 90-an yang kini menetap di Montreal, Kanada, Azah Aziz mengimbau kembali saat awalnya menceburi bidang seni menerusi Pencarian Dewi Remaja.
Katanya di salah satu posting Instagram, dia menyertai pencarian bakat di kalangan gadis remaja tersebut pada usia 16 tahun.
“Hahh @mediahiburanofficialdah keluarkan #throwback dewi dulu2.. thank u one off my best memories, saya start from Dewi remaja, masuk dewi went i was 16.. mudo nyee.
“Tak menang, finalist jeer,but from there offer for tv commercials memang tak putus2..?? Tu all dewi 18/19 good luck , b yourself n stay humble, u will go far,” tulisnya.
Malah, Azah sempat mengakhiri notanya dengan tulisan berbaur humor iaitu;
“Dewi dulu2 ada gak yg gelap hokeyy cam kita,” tulisnya.
Selain Azah, turut sama bertanding pada edisi bersamanya ialah personaliti televisyen, Sharifah Shawati, pelakon Lily Patra dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan program Dewi Remaja 2018/19 akhir pada Ahad ini, bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD.
Foto: Instagram Azah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang juga bintang Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahmad mendedahkan dia kini menyewa kediaman di Damansara, Selangor sebagai persediaan untuk meneruskan komitmen seninya di negara ini.
Menurut Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, keputusannya untuk berpindah dibuat bagi memudahkan perjalanan kerjaya nyanyian yang lebih besar potensinya di Malaysia.
“Saya baru pindah bulan lepas di Damansara. Alhamdulillah bila sudah ada kediaman di sini, tak perlu nak rasa risau lagi. Bukan kata nak meninggalkan Singapura, tapi saya mencari peluang yang lebih besar di negara ini, InsyaAllah.
“Saya ambil apa yang dinasihatkan Tok Ram, berkenalan dengan mereka yang arif mengenai muzik yang saya bawakan di sini. Seterusnya buat apa yang patut.
“Kalau boleh saya tidak mahu melepaskan peluang. Memang bila habis saja GV9, saya sudah merancang untuk kembangkan kerjaya seni di Malaysia.
“Isteri okay dan dia seorang pekerja kerajaan di Singapura. Kami pun ada buat perancangan masa depan. Sebab itulah saya sediakan rumah di sini,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kelangsungan hidupnya di Singapura sebelum menyertai GV, Fuad yang turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersyukur atas rezeki.
Bagaimanapun atas kerana minat mendalam terhadap nyanyian, Fuad optimis untuk mahu kembali di persada seni.
“Di singapura saya menjadi duta dan terlibat dalam bidang pemasaran sebuah syarikat automobil. Alhamdulillah untuk rezeki ketika di Singapura, saya bersyukur.
“Cuma selepas ini memang besar impian untuk kembangkan bakat nyanyian pula. Doakan semoga semuanya dipermudah,” katanya lagi.
Terdahulu dalam saingan GV9 lalu, Fuad gagal lolos ke peringkat akhir program realiti berkenaan selepas diumumkan sebagai bintang yang tersingkir pada minggu ke sepuluh.
Perkongsian terkini pelakon, Fattah Amin yang menyambut hari jadi anaknya, Nur Fatima Aisya di sebuah taman permainan kanak-kanak ‘indoor’ menjadi sorotan ramai.
Menerusi Instagram (IG), Fattah turut mengucapkan selamat hari lahir buat permata hati itu menerusi perkongsian yang turut disertakan foto dan video mereka sedang mengisi masa bersama.
Malah, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada ibu kepada anaknya, Fazura apabila memberi peluang kepada mereka berdua untuk meraikan hari ulang tahun berdua.
“Happy birthday baby! Kesian sampai tertidur balik tu. Thank you Mommy bagi chance Daddy dating dengan Fatima,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Lantas, hantaran tersebut pantas menjadi perhatian warganet yang turut sama meninggalkan reaksi pelbagai apabila rata-ratanya dilihat tumpang bahagia melihat keakraban hubungan si bapa dan anak.
“Moga Fatima menjadi anak solehah, penyejuk hati mommy and daddy,” titip seorang warganet.
“Semoga Allah pelihara perkahwinan Fattah dan Fazura demi Fatimah. Not easy membesar with broken family,” reaksi warganet lain.
“Yeayyy Fatima had a happy time and precious moment with daddy!Semoga Fatima membesar menjadi anak solehah dan mendapat sepenuh kasih sayang Mommy Daddy. Enjoy your birthday celebration sayang, buah hati pengarang jantung,” tulis seorang lagi warganet.
“Happy moments daddy dan Fatima. Fatima good girl, cute jeeee cakap ‘sorry’. Again, happy birthday Fatima sayang!,” antara komen lain yang tertera.
Sehingga kini, hantaran terbabit sudah pun menerima hampir 90,000 tanda suka dengan lebih 1,000 komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, pernah memberi amaran kepada Ahmad Aslam agar berhenti mengganggu anak tirinya, Marissa Dania sebelum pasangan itu...