Ads
Home Berita Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan –...

Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan – “Dia Menyerlah Meski Penyampaian Kurang.”

Ads

Persembahan di luar kotak yang dibawa bintang Indonesia, Dyrga Dadali pada saingan minggu ketujuh Gegar Vaganza 11 (GV11) malam tadi, dipuji juri program berkenaan, Datuk Ramli MS.

Menurut Ramli, sebagai penyanyi asal Seberang, bukan mudah untuk Dyrga menyampaikan lagu dialek Kelantan, Dikir Rambong yang dipopularkan oleh kumpulan Kapila.

Sisi Lain Beri Kelebihan

“Daripada sembilan peserta yang bertanding semalam, saya lihat Dyrga menyerlah meskipun penyampaiannya kurang. Cuma dia ada ketekunan itu.

“Kita kena adil, memang (semalam) Liza Aziz sangat ke hadapan, tetapi kalau cakap pasal ketekunan, saya tengok benda tu ada pada Dyrga.

“Lagu yang dia bawa adalah lagu yang dia tak pernah nyanyikan pun. Kalau diamati, memang kita boleh dengar ‘bunyi’ Jawa dia itu pekat berbanding Kelantan.

Ads

“Saya tengok di pentas GV pun dia boleh tarik minat penonton dengan keseluruhan repertoir, bayangkan jika dia asah lagi nyanyi lagu ini, Dyrga boleh bawa jika dia adakan konsert di sini.

“Satu Malaysia boleh nyanyi bersama-sama dan itu adalah kelebihan dia,” katanya ketika ditemui sejurus konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.

Dyrga berada pada kedudukan kedua di belakang Liza Aziz iaitu dengan markah sebanyak 75.50 peratus.

Ads

Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan – “Dia Menyerlah Meski Penyampaian Kurang.” Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan – “Dia Menyerlah Meski Penyampaian Kurang.” Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan – “Dia Menyerlah Meski Penyampaian Kurang.” Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan – “Dia Menyerlah Meski Penyampaian Kurang.” Ramli MS Puji Dyrga Dadali Nyanyi Lagu Dialek Kelantan, Ada Ketekunan – “Dia Menyerlah Meski Penyampaian Kurang.”

Ramli pada masa sama turut memberikan kredit kepada kesemua peserta minggu ini yang disifatkan tidak sambil lewa dalam memastikan kelancaran persembahan masing-masing.

“Pujian harus diberi, tiada seorang daripada peserta yang tengok monitor. Mereka semua hafal lirik penuh untuk persembahan masing-masing. Apa sahaja, baik untuk lagu Hindustan, Tamil, bahasa dialek negeri, itu yang sepatutnya.

Ads

“Pendek kata, memang mereka menyajikan persembahan yang berbeza daripada sesi latihan. Keputusan masing-masing ‘steady’ dan mereka buat tugasan yang sangat baharu menerusi lagu-lagu yang diberikan.

“Bayangkan mereka belajar dalam masa enam hari dan itu adalah keputusan yang diraih, saya sangat gembira. Walau pun saya tahu ada lagu yang tak kena dengan jiwa mereka, tetapi saya sangat hargai usaha semua,” katanya lagi.

Semua Lolos Bersaing Minggu Depan

Terdahulu, pentas GV11 malam tadi menyaksikan tiada penyingkiran peserta dilakukan, sekali gus memberi peluang kepada semua bintang mara ke minggu ke lapan, Ahad depan.

Sembilan peserta yang masih dalam saingan GV11 ialah Liza Aziz, Sheila Abdul, Dadali Dyrga, Ronnie Hussein, Ning Baizura, Fairuz Selamat, Zehra Zambri, Arrora Salwa dan The Lima.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI