Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan gaya nyanyian yang tidak berada pada nota sepatutnya menjadi sebab nama Tom diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir dalam saingan, malam tadi.
Ramli berkata, situasi tersebut sudah pun berlaku pada awal nyanyian, hingga membawa kepada peratusan markah rendah yang diterima Tom.
“Dia menyanyi tadi di bawah aras ‘pitch’. Bukan sumbang, tapi di bawah aras ‘pitch’. Jadi untuk keseluruhan lagu itu… pada baris-baris awal saya sudah catit (potong markah).
Ads
“Malah pada bahagian chorus pun, dia punya nafas tu ‘turun’. Dia tidak menyanyi di dalam ‘pitch’. Dia ada bait yang okay, tapi kemudiannya benda yang sama berlaku,” katanya kepada MH.
Ads
Terdahulu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.
Ads
Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zul Ariffin akui dirinya agak risau juga untuk melontarkan dialog ‘panas’ berkaitan bekas Perdana Menteri negara di dalam filem terbaharunya yang berjudul Sheriff.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata, dia akhirnya memutuskan untuk meneruskan babak tersebut dan pada masa sama, pihak produksi juga sudah mempersiapkan ‘back up plan’.
“Kami ada melakukan beberapa babak yang sama tapi dialognya berbeza sebagai persediaan jika dialog asal tidak diluluskan. Persediaan kami memang banyak.
“Pada mulanya, saya juga mempersoalkan keputusan Syafiq Yusof untuk dialog tersebut. Saya tanya, biar betul? Kalau ditayangkan nanti, mungkin saya juga yang akan kena tindakan.
“Namun, kami tetap mengambil risiko itu tetapi dengan persediaan beberapa babak lain,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 38 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sheriff yang berlangsung di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Zul turut menyambut baik respon positif daripada netizen yang kagum dengan keterbukaan dan keberanian filem Sheriff yang menunjukkan realiti sebenar di negara ini.
“Bila dialog ini diluluskan, saya juga terkejut lebih-lebih lagi selepas menonton trailer. Saya macam tak percaya.
“Bila melihat ke bahagian komen, ramai netizen yang memberikan komen menjurus kepada dialog tersebut.
“Ramai yang sukakan babak itu kerana ia merupakan realiti yang terjadi di negara kita. Bila hal ini berani diketengahkan, netizen kagum.
“Saya ingatkan dialog itu hanya ada dalam trailer sahaja rupanya dalam filem juga tidak dipotong,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Zul turut memaklumkan dirinya tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Sheriffudin di dalam filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini.
“Perangai-perangai macam ‘setan’ ini tidaklah susah untuk saya bawakan. Saya pun bukannya baik sangat. Saya hanya memberi dan bersahaja.
“Saya tak suka buat cerita ‘gangster’ kerana bagi saya ia kelihatan seperti terlalu beriya-iya mencuba.
“Namun, kalau kita nak bersahaja dan menjadi sarkastik, saya rasa semua orang boleh kaitkan.
“Cara percakapan pun tidak boleh terlalu menghina. Kita pihak polis yang nak menangkap polis lain. Jadi, kita tak boleh terlalu sopan,” akhirnya.
Terdahulu, filem Sheriff bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 18 April ini.
Sheriff merupakan sebuah filem kepolisian yang mengisahkan mengenai konflik salah laku pihak polis di jabatan narkotik.
Selain Zul, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Azira Syafinaz, Syafiq Kyle, Elizebeth Tan dan Aaron Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah berkongsi sebuah status di Insta Stories yang meminta individu untuk tidak memutar belitkan keadaan, sebaliknya selesaikan apa yang berlaku dengan segera.
Bagaimanapun, menerusi status tersebut, ia tidak menyebut nama mana-mana pihak, selain bersetuju dengan komen yang ditinggalkan oleh ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail.
“Ohh tahu sakit? Begitulah juga rasa seorang isteri yang dicurangi. Allah itu Maha Adil. Kalau begitu tak perlu berdamai, lepaskan saja!,” tulis Patimah.
Lalu Puteri Sarah berkongsi;
“Agree with you mama. Tak payah cakap banyak spin sana sini, lepaskan jelah. Simpan lagi buat apa,” luah Puteri Sarah.
Sementara itu, suaminya pengarah Syamsul Yusof membuat satu sidang media pada petang Khamis bagi menjelaskan kemelut rumah tangga yang berlaku dengan isteri pertamanya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Shahrol Shiro ada menitipkan ucapan istimewa bersempena hari lahir bekas perdana menteri, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak yang genap 67 tahun umurnya hari ini.
Dalam Ucapan tersebut, Shahrol mendoakan semoga Perdana Menteri Ke-6 itu sentiasa dirahmati dan diberkati hidup di dunia dan akhirat.
Penyanyi Singapura, Yazid Lovehunters diumumkan sebagai peserta yang tersingkir menerusi saingan minggu ke lima program realiti popular, Gegar Vaganza (GV11), malam tadi.
Yazid yang mempersembahkan...