Ramli MS Ulas Sebab Tom Tersingkir GV9; “Dia Menyanyi Di Bawah Aras ‘Pitch’.

Share

Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan gaya nyanyian yang tidak berada pada nota sepatutnya menjadi sebab nama Tom diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir dalam saingan, malam tadi.

Ramli berkata, situasi tersebut sudah pun berlaku pada awal nyanyian, hingga membawa kepada peratusan markah rendah yang diterima Tom.

“Dia menyanyi tadi di bawah aras ‘pitch’. Bukan sumbang, tapi di bawah aras ‘pitch’. Jadi untuk keseluruhan lagu itu… pada baris-baris awal saya sudah catit (potong markah).

“Malah pada bahagian chorus pun, dia punya nafas tu ‘turun’. Dia tidak menyanyi di dalam ‘pitch’. Dia ada bait yang okay, tapi kemudiannya benda yang sama berlaku,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.

Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH