Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS menyifatkan tiadanya keserasian duet di antara Upiak Isil dan Usop menjadi antara punca bintang Indonesia itu tersingkir daripada saingan di konsert minggu keenam, pada Ahad.
Maestro muzik itu turut menambah, Upiak turut melakukan beberapa kesilapan lain hingga menjejaskan prestasi persembahannya di mata juri.
“Dia (Upiak) mendapat markah yang paling rendah, betul. Salah satunya adalah disebabkan oleh keserasian mereka berdua itu (duet bersama Usop) seolah-olah macam dia menyanyi sendiri.
“‘Chesmistry’ itu tidak ada dia sendiri sangat ‘goyang’ dari segi notasinya. Jadi juri bersepakat memberikan markah yang paling rendah,” katanya.
Malam tadi, Upiak dan Usop yang menyanyikan lagu Sembunyi yang pernah dipopularkan oleh Andy Flop Poppy dan Misha Omar memperolehi markah sebanyak56.40 peratus, berbeza hanya 0.10 peratus di belakang Bandi Amuk (56.30 peratus).
“Ya… untuk juri 0.1 peratus, malah pihak produksi pun bersetuju daripada segi markah. Bagi saya yang penting siapa yang berada paling bawah harus keluar,” katanya lagi.
Ads
Ditanya apakah elemen yang ditekankan para juri menerusi tema ‘Langkah Seiringan’ itu, Ramli mengakui keserasian dan saling bekerjasama dalam lagu menjadi kriteria utama.
“Kita melihat kepada keserasian dalam mempersembahkan lagu duet. Kerjasama serta kreativiti dalam lagu selain kurang membuat kesilapan.
“Setiap peserta ada 80 dan artis jemputan, 20 markah. Jarang kita melihat artis jemputan itu membuat kesilapan berbanding mereka yang sedang bertanding. Secara tak langsung, keserasian pun akan kurang di situ,” katanya.
Ads
Terdahulu, Suki Low menduduki tempat pertama dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dengan 83.70 peratus.
Sementara Aliff Aziz bersama Iman Troy menerusi lagu Belenggu Rindu pula berjaya mendapat 76.20 peratus dan 71.90 peratus pula diraih Adibah Noor di samping rakan duet, Ali Sariah daripada kumpulan Masdo.
Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan minggu ini, Jennifer Thompson diundang sebagai juri jemputan.
Ads
GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di media sosial apabila ‘photo meme’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mahu membuat liputan dengan menemubual Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai persoalan yang berlegar mengenai politik negara kini.
“Rakyat Malaysia perlukan saya jumpa Mahathir atau Anwar untuk buat live? Moga kerisauan anda terungkai,”kongsinya di laman Facebook.
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Datuk Seri Vida (DSV) berkenaan foto tersebut.
“Adoiii Datuk Seri Aliff Syukri, banyak kau punya hal. Nak jadi wartawan CNN. Macam mana cara nak buat live dan interview Tun M dan DS Anwar.
“Banyaknya cita-cita awak,berniaga sudahlah. Teringat zaman sekolah dulu cikgu tanya “cita-cita nak jadi apa?”
“Aliff, apa yang awak cari dalam diri awak lagi ya? Semua dah ada, duit banyak, perniagaan stabil, apa lagi awak nak ?,” kata DSV dengan merakam video di IGTV miliknya.
Terdahulu, ada yang menyifatkan Aliff disifatkan sebagai ‘wartawan nombor satu’ apabila tindakannya menemubual balu kepada arwah Abam sebelum ini.
Malah, tindakannya itu juga turut menerima reaksi pelbagai netizen lalu mencetuskan isu terkait.
Aliff turut melakukan sidang media bagi memohon maaf baru-baru ini, seterusnya mahu menjernihkan situasi yang berlaku berkaitan isu kunjungannya ke kediaman balu arwah Abam, tempoh hari.
Video : Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rita Rudaini yang berada di tanah suci bagi menunaikan umrah bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ada berkongsi momen saat dia bersama anak-anak bersesak-sesak bersama jemaah demi mencium Hajarul Aswad.
Tulis Rita menerusi Instagram, dia bagaimanapun berjaya melakukannya selain menyatakan rasa bertuah kerana mempunyai dua anak yang sentiasa setia di sisi.
“Bertuah mommy ada sayap kiri dan kanan. Tak sabar nak tggu depa plak pimpin tangan mommy keliling kaabah suatu hari nanti. Seronok depa walaupon kena penyek,kena tolak, kena himpit, kena pijak.
“Mommy kata, itulah kehidupan, dlm hidup kita ni mcm2 ujian tapi walau mcm mana pon kita tetap kena trus kn ke depan. Macam kita keliling kaabah ni lah, kena sabar org pijak, org tolak..kena jln dah habiskn jugk pusingan. Semua tu DIA uji hati kita.
“Kita boleh susah atau tidak, umrah kali ni mommy dpt cium Hajarul Aswad dengan arjuna @adikzwan bwk ryan, tapi kami terpisah biasa laaa dh di tolak2, di tarik2. Memang seksa DIA sj yg tau, Arjuna sampai xbole bernafas,” jelasnya.
Rita turut memaklumkan kedua anaknya juga turut berkesempatan untuk mencium Hajarul Aswad meski terpaksa mengharungi lautan jemaah lainnya.
“Mommy suruh dia dongak ke langit ambik udara, rasa bersalah jugk heret dia masuk situ, tp nk patah balik mmg xboleh, dgn kekuatan hati alhamdulillah arjuna dpt cium.
“Macam tu jugak ryan, dgn ketabahan @adikzwan sampai kena dukung ryan sbb dia risau takut ryan kena pijak. Dapat depa cium, mmg sgt menakutkan berada di situ. Tak tau keadaan di situ xbole di kawal lg, berhimpit laki n perempuan.
“Tapi kebanyakkan di situ adalah kaum lelaki, perempuan susah nak lepas. Yang lelaki2 ni punya ganas tolak muka mommy, tarik tudung mommy, tarik jubah mommy, mommy pon xtau nk nangis ke nak gelak. Tangan mommy xboleh nk defend diri dah sbb tgh pertahan n lindung anak.
“Tak tahu jd dosa ka pahala melayang ke mcm mana, sepatutnya kerajaan arab buat waktu asing utk lelaki dan perempuan yg nk cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد atau solat di حجر إسماعيل spt di raudhah.
“InsyaAllah moga ada nnti, apa2 pon pengalaman kami anak beranak di asak di ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد adalah satu pengalaman yg xdpt mommy lupakan sbgai seorg momdad dan mommy rasa sgt puas dan syukur pd DIA krn membantu mommy. #theAiritsjourney,” tulisnya panjang lebar.
Mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan hanya mengajar ilmu perniagaan malah soal ibadah kepada anak-anak didiknya yang kebanyakan beragama Islam.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, beliau yang ketika ini berada di Tanah Suci mengikuti rombongan Mutiara Travel and Tours yang kebetulan terdapat beberapa orang usahawan di bawah bimbingan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. itu.
“Untung Azizan, selain dapat pahala ajar bisnes, nampak gayanya banyak juga saham pahala ibadah haji bakal diperolehi.
“Allah pertemukan saya dengan beberapa orang murid beliau, ada yang dalam rombongan bersama dan ada datang dengan travel lain. Tapi semuanya menyebut, ‘Doc pesan kepada kami buat haji!’,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook.
Tambah Ustaz Syed Mohd Norhisyam, semoga kebaikan kita akan dirahmatiNya.
“Saya perasan, ada beberapa persamaan yang ada pada mereka (anak-anak murid Azizan) ini.
“Pertama, pandai bisnes; mudah mesra dengan sesiapa sahaja; suka berbuat kebaikan terutamanya bersedekah dan senyumannya manis,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian berkenaan, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga mengucapkan tahniah kepada mentor usahawan itu dan moga terus berjaya melahirkan lebih ramai usahawan jutawan yang barakah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!