Siapa sahaja yang tidak ingin memiliki wajah dan tubuh badan yang cantik serta rambut yang ikal mayang.
Baru-baru ini, pelakon dan model Ramona Zam Zam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Mengejutkan, apabila gambar tersebut kelihatan pelakon yang berusia 29 tahun itu sedang membuat rawatan rambut tetapi lain dari rawatan yang sering dikongsi ramai.
“The final destination of getting thicker hair Please, bukan tanam rambut k, nothing has to do with botox or that sorta thing.
“This is just a part of procedures to regrow your hair after some hair falls. Just some vitamins injected directly to your scalp I did lose my hair when my baby was about 4 months i think (thanks to giving birth),
“i mean it did tumbuh balik but who doesn’t want thicker hair right so thank you @skinmaster_kl !! Can’t wait to see the results,” tulisnya.
Dalam pada itu, gambar yang dikongsi oleh pelakon yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat berasa ‘ngilu’ apabila melihat rawatan rambut yang dilakukan bekas finalis Dewi Remaja 2010 itu.
Bagaimanapun, ia hanyalah suntikan vitamin yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut agar kembali lebat dan sihat.
Foto : Instagram Ramona Zam Zam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI