Usahawan kecantikan, Eriyca Baiduri atau Madammu tidak menyangkan apabila jenama yang diasaskan, Noir Health & Beauty melangkah bergaya menjadi penaja utama penganjuran Anugerah Juara Lagu edisi ke-36 (AJL36).

Sinonim dengan loghat Pantai Timur tiap kali melakukan sesi ‘live’ di media sosial, figura cantik asal Terengganu ini juga mulai berjaya mengukuhkan jenama Noir, sekali gus membantu puluhan ribu wanita menjana pendapatan dengan berniaga.

Rancak Buat ‘Live’ Di Media Sosial & Figuranya Jelita, Pengasas Asal Terengganu Kini Sukses Taja AJL36

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Sesuatu yang tak pernah saya bayangkan bagi syarikat kecil seperti kami menjadi penaja program hiburan yang mengangkat karya ciptaan anak tempatan. 2022 mencatat sejarah peribadi buat saya dan syarikat.

“Saya sendiri anak kelahiran Terengganu yang mahu terus berjaya serta membantu anak tempatan menjana pendapatan. Minat saya mengadakan ‘live’ di Facebook (FB) dari rumah sendiri bertitik tolak kepada semangat berkongsi tips kecantikan.

Ads

“Kadang-kadang celoteh saya ‘merebak’ kepada topik lain hinggalah memasak serta gaya hidup. Kalau saya memasak sambil berceloteh pun ramai masuk ‘live’ di FB untuk menontonnya.

“Seiring dengan kualiti produk dihasilkan daripada bahan premium, halal, selamat dan semula jadi, saya timbulkan kepercayaan ramai terhadap jenama sekali gus menarik pembeli berpotensi.

“Produk Noir Beauty Essense antara yang laris macam goreng pisang panas dan mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Ads

Rancak Buat ‘Live’ Di Media Sosial & Figuranya Jelita, Pengasas Asal Terengganu Kini Sukses Taja AJL36 Rancak Buat ‘Live’ Di Media Sosial & Figuranya Jelita, Pengasas Asal Terengganu Kini Sukses Taja AJL36

Madammu percaya, penajaan bagi acara tahunan itu dilihat tepat untuk terus memperkenalkan kewujudan rangkaian produk yang dimiliki.

“Tambah pula acara itu ditonton seisi keluarga termasuk golongan wanita yang bergelar suri rumah. Ia antara program hiburan yang ditunggu-tunggu di Malaysia. Golongan suri rumah itu sendiri khalayak sasaran kami.

Ads

“Peluang sebegini bukan datang selalu. Tentunya penajaan ini menjadi ruang terbaik mengetengahkan jenama kami sebagai jenama dipercayai ramai. Ini umpama permulaan atau batu loncatan kepada kami untuk menembusi pasaran antarabangsa. Tambah pula acara itu juga boleh distrim di seluruh pelusuk dunia.

“Besar harapan saya juga untuk melihat jenama ini juga disenaraikan di dalam bursa saham. Begitu juga untuk tawaran awam permulaan (IPO) terbitan saham baru. Impian ini antara sasaran paling utama yang mahu dicapai dan dipermudahkan,” katanya.

Malam ini, seramai 12 finalis bersama komposer masing-masing berentap di pentas AJL36 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, WTCKL, mulai jam 9 malam secara langsung di TV3.

Rancak Buat ‘Live’ Di Media Sosial & Figuranya Jelita, Pengasas Asal Terengganu Kini Sukses Taja AJL36 Rancak Buat ‘Live’ Di Media Sosial & Figuranya Jelita, Pengasas Asal Terengganu Kini Sukses Taja AJL36

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI