Kes perceraiannya dengan Kanye West mungkin masih lagi di dalam proses mahkamah. Namun ini tidak menghalang Kim Kardashian untuk mencari kebahagiaan buat dirinya. Desas desus bibit percintaannya dengan Pete Davidson mula dihidu ramai apabila gambar mereka sedang bermain rollercoaster bersama tersebar.
Kini menurut sumber E! Online, pasangan ini sudah mula membawa hubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Bintang realiti yang kini berusia 41 tahun itu dilihat serius dan gembira dengan perkembangan perhubungannya bersama hos & pelawak rancangan Saturday Night Live berusia 28 tahun itu.
Umur bukanlah penghalang, perbezaan 13 tahun umur mereka hanyalah sekadar nombor. Kematangan dalam perhubungan jauh lebih penting dari menilai jarak umur.
Menurut sumber lagi, Pete berkongsi yang dia tidak mahu ‘berjumpa’ dengan sesiapa selain dari Kim. Manakala Kim pula memberitahu yang dia tidaklah serius namun dia juga tidak mahu ‘berjumpa’ sesiapa yang lain, seolah-olah cuba menunjukkan yang dia tidak menjadikan perkara itu sesuatu yang besar walhal dia sangat sukakan Pete.
Menjadikan desas-desus ini lebih sahih apabila Kim dilihat membawa Pete berkunjung ke kediaman ibunya, Kris Jenner yang terletak di Palm Spring. Tindakan itu dilihat sebagai satu petanda besar, dan semua orang berasa gembira untuk mereka.
Walaupun jarak rumah mereka jauh yang mana Pete berada di New York manakala Kim pula tinggal di Los Angeles, menurut sumber pasangan kekasih ini cuba menjadikan jarak sebagai bukan penghalang dan mahu terus berjumpa di antara satu sama lain.
Untuk informasi pembaca, Kim Kardashian memiliki empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama Kanye West. Manakala, Pete pula tidak pernah berkahwin namun pernah bercinta dengan figura popular seperti Kate Beckinsale, Arian Grande dan Kaia Gerber.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: E! Online
Sumber gambar: Instagram Pete Davidson & Kim Kardashian