Tahun ini menyaksikan majlis gilang gemilang International Indian Film Academy Awards (IIFA) 2024 dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Dalam edisi ke-24 anugerah itu, Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan mencipta fenomena tersendiri apabila masing-masing sekali lagi menggondol anugerah pelakon terbaik bagi kategori wanita dan lelaki.
Rani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk kali keempat, manakala Shah Rukh Khan pula memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kelima.
Rani yang cemerlang membawakan watak Debika Chatterjee menerusi filem Mrs. Chatterjee vs Norway mengalahkan pelakon lain seperti Alia Bhatt, Taapsee Pannu, Kiara Advani dan Deepika Padukone.
Sebelum ini Rani pernah memenangi anugerah yang sama selama tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
Ads
“Menerima anugerah ini di IIFA terasa lebih istimewa kerana ia mengesahkan fakta bahawa Mrs. Chatterjee vs Norway memberi impak secara global dalam hati orang ramai.
“Kejayaan filem ini mengesahkan kuasa penceritaan yang abadi dan bahasa universal kasih sayang ibu dan ketabahan seorang manusia,” kongsinya.
Bagi Shah Rukh Khan yang digelar Raja Bollywood, kemenangannya kali ini adalah menerusi watak Kapten Vikram Rathore dalam filem Jawan. Bapa kepada tiga cahaya mata ini mengalahkan pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Sunny Deol dan Vicky Kaushal.
Seperti Rani, Shah Rukh Khan pernah menang anugerah yang sama bagi edisi 2003, 2005, 2008 dan 2011.
Ketika memberi ucapan saat menerima anugerah, Shah Rukh Khan banyak berterima kasih kepada isterinya kerana bersama-sama mengharungi momen yang tidak menyenangkan saat penggambaran filem Jawan.
Ads
Dipercayai, momen tersebut bersangkut paut dengan kes dadah yang melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
IIFA 2024 bukan sahaja meraikan kehebatan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee, tetapi juga memberi penghormatan kepada ramai bakat lain yang menyumbang kepada pencapaian sinema sepanjang tahun ini.
Dari persembahan yang memukau hingga momen emosi di pentas, acara ini merupakan penghargaan gemilang terhadap seni penghasilan filem Bollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki baru-baru ini ada berkongsi kisah persahabatannya dengan pelakon, Ako Mustapha.
Afdlin juga menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan sejak kecil lagi.
“Biar aku berkata-kata sedikit tentang persahabatan. Persahabatan superficial banyak pada ketika ini tapi persahabatan sebenar memang susah utk kita cari. @akomustapha adalah kawan baik aku sejak kecil dulu..
“Masa family aku susah dulu family dia pernah offer aku pergi belajar dgn Ako sekali di US, tapi aku tak ambil pasal aku rasa family aku tak mampu nak tampung belanja makan aku disana walaupun semua kos lain family Ako tanggung..
“Bila dewasa dan kita berkahwin dgn sayang-sayang kami, kami lost touch seketika dalam cuba mencari haluan hidup,” tulis Afdlin.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
“Sekarang ni tiba-tiba kawan baik aku muncul kembali dan setelah mendengar kisah suka duka kami, kami mengambil keputusan untuk bekerjasama kembali untuk saling membantu..
“Kini anak-anak Ako macam anak aku sendiri, family dia macam family aku..kita akan bermula dari bawah kembali akan tetapi kami akan mencapai impian kami untuk berjaya dan memberi manafaat kepada orang..
“True friends will have each others back no matter what. And i will stay true to my friends and family. I will still believe in kebaikan dalam manusia walaupun dunia ni dipenuhi dgn org-org yg kita kena doakan mereka di beri hidayah. Peace+love – afdlin shauki,” tulis Afdlin.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji Adlin yang sangat menyanyangi erti sebuat persahabatan.
Untuk rekod, kedua-dua mereka pernah bergandingan dalam filem Buli Balik (2006) arahan Afdlin sendiri.
Foto : IG Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sukar baginya melihat sisa peninggalan makanan dibiarkan begitu sahaja.
Malah sudah menjadi kebiasaan untuk Fedtri Yahya membungkus makanan seperti ayam atau daging untuk dibawa pulang dan diberi kepada kucing.
Tulisnya, walaupun bukan peminat kucing, namun dia sering menjadi sasaran si comel ini meminta diisi perut nan lapar.
“Tiap kali nampak makanan tak habis ( ayam/ daging) sentiasa terdetik nak bungkus bawa balik… Bukan untuk famili 🙂 tapi untuk kucing.
“Jujurnya aku bukan peminat kucing. Jadi memang tak bela. Al kisahnya, tiap kali buka tingkap belakang rumah, automatik kucing-kucing tanpa tuan ( rasanya) akan datang. Tak jinak, mudah lari. Jadi, pernah cuba beli ikan sekian banyak. Satu pun ‘depa’ tak usik. Depa nak ayam/ daging ja … demand noo.
“Dulu 2,3 ekoq ja… sekarang rasanya dah belas-belas. Tak sampai hati buka tingkap buka pintu tapi tak dak apa-apa nak bagi depa makan,” katanya.
Malah, jelas pengacara popular ini lagi, memberi kucing makan mungkin menjadi asbab kepada rezekinya yang melimpah ruah.
“Siapa tau kan, makanan kucing ni jadi asbab rezeki melimpah. Tiap kali ke restoran, sentiasa ada keinginan untuk tapau makanan yang tak habis dimakan tu…
“Sekian… Kisah meow meow love-hate relationship,” tulisnya panjang lebar.
Persembahan penyanyi Noraniza Idris pada minggu kelima di pentas Gegar Vaganza (GV7) nyata menjadi perhatian penonton.
Masakan tidak, Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani telah mempersembahkan lagu berjudul Nakal nyanyian asal Ayda Jebat dengan cara tersendiri dengan menyuntik elemen tradisional dalam persembahannya itu.
“Pertama kali rasanya untuk Kak Ani cuba genre ‘BBNU’ untuk konsert minggu kelima #GV7.
“Kesayangan Kak Ani doakan agar lagu rancak popular #NakalNakalNakal nyanyian asal #AydaJebat ni tak rosak Kak Ani kerjakan ya. Enjoy semua..,” tulisnya pada satu pautan video di Instagram.
Bukan sahaja menjadi perhatian penonton, malah rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap persembahan dari Noraniza yang berbeza daripada sebelumnya.
GV7 bersiaran secara langsung dari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Menerusi saingan duet minggu hadapan, Noraniza akan membuat persembahan untuk lagu Bolehlah Boleh nyanyian asal Mas Idayu, duet dengan Amelina.
Video: Instagram Noraniza Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!