Tahun ini menyaksikan majlis gilang gemilang International Indian Film Academy Awards (IIFA) 2024 dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Dalam edisi ke-24 anugerah itu, Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan mencipta fenomena tersendiri apabila masing-masing sekali lagi menggondol anugerah pelakon terbaik bagi kategori wanita dan lelaki.
Rani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk kali keempat, manakala Shah Rukh Khan pula memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kelima.
Rani yang cemerlang membawakan watak Debika Chatterjee menerusi filem Mrs. Chatterjee vs Norway mengalahkan pelakon lain seperti Alia Bhatt, Taapsee Pannu, Kiara Advani dan Deepika Padukone.
Sebelum ini Rani pernah memenangi anugerah yang sama selama tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
Ads
“Menerima anugerah ini di IIFA terasa lebih istimewa kerana ia mengesahkan fakta bahawa Mrs. Chatterjee vs Norway memberi impak secara global dalam hati orang ramai.
“Kejayaan filem ini mengesahkan kuasa penceritaan yang abadi dan bahasa universal kasih sayang ibu dan ketabahan seorang manusia,” kongsinya.
Bagi Shah Rukh Khan yang digelar Raja Bollywood, kemenangannya kali ini adalah menerusi watak Kapten Vikram Rathore dalam filem Jawan. Bapa kepada tiga cahaya mata ini mengalahkan pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Sunny Deol dan Vicky Kaushal.
Seperti Rani, Shah Rukh Khan pernah menang anugerah yang sama bagi edisi 2003, 2005, 2008 dan 2011.
Ketika memberi ucapan saat menerima anugerah, Shah Rukh Khan banyak berterima kasih kepada isterinya kerana bersama-sama mengharungi momen yang tidak menyenangkan saat penggambaran filem Jawan.
Ads
Dipercayai, momen tersebut bersangkut paut dengan kes dadah yang melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
IIFA 2024 bukan sahaja meraikan kehebatan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee, tetapi juga memberi penghormatan kepada ramai bakat lain yang menyumbang kepada pencapaian sinema sepanjang tahun ini.
Dari persembahan yang memukau hingga momen emosi di pentas, acara ini merupakan penghargaan gemilang terhadap seni penghasilan filem Bollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid yang telah pun selamat bergelar suami kepada Nurulain dengan sekali lafaz pagi tadi.
Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018, hampir setahun lalu.
Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat mempelai sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya menyaksikan masing-masing memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 dengan Mas kawin sebanyak SGD300.00 bersama sebentuk cincin.
Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan dan dikendalikan oleh juru nikah iaitu Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.
Sekadar mengimbas, Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang.
Majlis resepsi akan berlangsung esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
“Saya bersyukur kerana dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti.
“Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni,” kongsi Sufie.
Pada masa sama, dia turut memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
Foto: Terima kasih Kelly Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit, Datuk A Aida mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.
Penampilan A Aida nyata mengejutkan ramai apabila muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) ketika ditemu bual pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.
“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.
A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang turut bersaing di AJL tahun ini bersama 11 buah lagu lain.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terkini steri kepada pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi sorotan di media sosial apabila dipercayai tampil dengan imej tidak bertudung di media...