Rapper, DJ dan Penerbit Album terkenal Amerika Syarikat, Lil Jon telah memeluk agama Islam pada minggu pertama Ramadan tahun ini.

Dalam video yang tersebar luas di media sosial itu, Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith melafazkan syahadah bersaksikan imam sebagai tanda deklarasi kepercayaannya kepada Allah SWT.

Mengambil tempat di King Fahad Mosque, Los Angeles, rapper berusia 53 tahun itu tampil dilihat mengenakan topi beret warna merah dan jaket rona beige mendengar dengan teliti setiap panduan yang diberi oleh imam.

Selepas berita pengislamannya tersebar, dia berkongsi rasa menerusi satu hantaran di Instagram

BACA JUGA: Aktivis Kemanusiaan AS, Shaun King Pilih Peluk Agama Islam Pada Hari Pertama Ramadan. Lantang Bela Nasib Rakyat Gaza

“Terima kasih yang teramat sangat kepada saudara dan saudari kerana memberi curahan kasih dan positiviti. Alhamdulillah,” tulisnya.

Jon, yang terkenal dengan gaya bertenaga dan frasa slogannya seperti “Ya!” dan “Okay”, mendapat populariti pada awal 2000an dengan lagu hits seperti “Get Low” dan “Turn Down for What”.

Jon merupakan personaliti  terkenal AS kedua menerima Islam pada minggu pertama Ramadan tahun ini, selepas penulis dan aktivis kemanusiaan, Shaun King.

Kini, dia menyertai kumpulan selebriti terkenal yang telah memeluk Islam, antarana seperti Clarence Seedorf, Kevin Lee, Gervonta Davis, Thomas Partey.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI