Categories: Berita

Raqib Majid Imbas Kenangan Saat Sertai AF9, Ini Respon ‘Jujur’ Isteri, Tasha Manshahar

Share

Penyanyi, Tasha Manshahar ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan kini penyampai radio, Raqib Majid yang mengimbau kenangan saat menyertai program Akademi Fantasia 2011.

Menurut Tasha, sebagai isteri dia tetap berasa kagum meski pun mengetahui suaminya itu tidak pandai menari.

“Ada orang mengimbau kenangan masa dia di AF dulu.

“Tak sangka, bukan?

“Sebagai isteri kita kena tunjuk rasa kagum walaupun kita sedar dia tak patut menari sebenarnya.

“Apa-apa pun, jom tutup aurat. Tibe, tulisnya.

Video tersebut dikongsikan bekas penyanyi yang popular menerusi lagu Terima Kasih Cinta ini menerusi laman Twitter miliknya.

Raqib yang juga merupakan penyampai radio Zayan merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat telatah pasangan suami isteri itu.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 September 2018 dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Instagram Tasha Manshahar

Published by
Aizam Manaf