Tanggal 26 Jun merupakan tarikh istimewa buat pelakon Lisa Surihani apabila dia tampil dengan imej terbaru dengan mengenakan tudung.
Berkongsi pengalaman menyarungkan hijab, bintang filem Istanbul Aku Datang ini akui persoalan tersebut (berhijab) sering menjadi tanda tanya baginya sejak bertahun lamanya.
“Sejujurnya tak boleh katakan yang ada satu episod atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhijab.
“Saya memang dilahirkan seorang Islam tetapi ada banyak yang saya rasakan, nak kata saya tak pernah belajar tentang agama atau tak pernah pergi kelas agama ke.
“Ada banyak benda yang saya kurang tahu ataupun saya rasa keliru. Banyak persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika itu.
“Ya Allah Ya Tuhanku, angkuhnya aku satu ketika dahulu, dimana saya menyoal setiap perkara tetapi saya tidak mencari ilmu itu.
“Apabila timbul berkaitan tudung, ia adalah satu soalan yang saya selama ni tertanya-tanya bertahun lamanya. Agama Islam adalah sebuah agama yang dikatakan agama akhir zaman kita,” kongsi Lisa menerusi perkongsian video Zayan My.
Malah, pelakon itu juga mendedahkan kisah disebalik peristiwa sebelum hatinya terdetik untuk berhijab.
“Ada beberapa peristiwa atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya rasa hati seolah-olah dijentik.
“Pada ketika itu di bulan Ramadan, kebiasannya, apabila saya buka Al-Quran, surah An-Nur dalam satu ayat tersebut menyatakan iaitu seorang lelaki perlu merendahkan pandangan mereka terhadap wanita.
“Disitu, saya nampak ada satu kebijaksanaan disebalik ayat tersebut membuatkan saya terfikir sebenarnya wanita ini, tidak kisah sebenarnya dia berpakaian macam mana pun.
Ads
“Sebenarnya yang kena jujur ialah lelaki untuk merendahkan pandangan mereka terhadap wanita, bukan untuk memberikan alasan kepada mereka untuk menghentam, kecam, menghakimi atau pun tidak berpakaian mengikut hukum syarak.
“Dari situ, ia membuatkan saya terfikir lebih mendalam, kemudian saya masih tertanya-tanya “patutkah aku pakai” ?
“Ada satu masa, saya buka lagi satu surah itu mengenai cara pemakaian wanita Muslimah yang sepatutnya dan ada juga kebijkasaan disebalik ayat itu. Ketika itu, saya rasa hati saya macam terjentik lagi sekali,” kongsinya sebak.
Memulakan perjalan sebagai seorang wanita Muslimah yang tampil dengan imej bertudung, Lisa akui bahawa dia juga mempunyai kisah lampau.
“Saya terfikir satu ketika, saya rasa macam “aku ini banyak dosa dalam hidup, aku rasa macam aku tak layak nak cari Dia, tak layak aku nak minta ampun dengan Dia.
“Apabila saya ditegur oleh masyarakat, orang ramai yang dekat dengan saya, saya juga baca Al-Quran, tonton video, membuatkan saya nampak keindahan Allah dan betapa sayangnya Allah kepada kita.
“Memandangkan saya rasa banyak dosa dalam hidup saya, carilah Allah walau macam mana cara sekalipun.
“Itu yang saya lakukan. Saya ingin mencari kemaafan dari Dia,” jelasnya.
Ikuti video penuh kisah inspirasi Lisa berdurasi lapan minit di bawah.
Video/Foto : Youtube Zayan My/ Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Baby Shima akui teruja apabila berkesempatan mendapatkan khidmat nasihat daripada agamawan yang juga mufti negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza berhubung isu solat serta hal berkaitan agama.
Menurut Shima, dia berterima kasih kepada Dr. Maza kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang sering kali bermain di mindanya sebelum ini.
“Dosa antara kita dan Allah, hanya bertaubat kepadaNYA. Dosa menzalimi manusia lain, itu yang sukar dihapuskan melainkan dimaafkan oleh mangsa.
“Alhamdulillah dapat penerangan dari org yang sepatutnya menerangkan pasal solat dan pasal agama, terima kasih @drmaza_official Mufti Perlis atas ilmu yang berguna ini.
“Maaf Shima share kat sini agar dapat memberikan info kepada semua orang dan yang acah-acah Ustaz Ebit Liew ni,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyanyi lagu main mata itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Pada masa sama, Shima turut dilihat memuat naik beberapa foto tangkap layat yang memaparkan perbualannya bersama Dr. Maza menerusi aplikasi Whatsapp.
Dikesempatan itu juga, penyanyi yang turut aktif di Indonesia ini memberitahu, dia sebenarnya lebih selesa mendengar nasihat daripada individu yang lebih arif berbanding mereka yang hanya menegurnya demi meraih perhatian semata-mata.
“P/s: Saya hanya mendengar nasihat dari orang yang sepatutnya. Bukan dari ustaz ustazah sosial media yang saja untuk komen secara umum dan hanya mahukan perhatian sahaja tetapi hanya omong kosong. Pergi belajar agama lagi.
“Ni baru belajar sedikit dari youtube dah macam pemegang kunci syurga dah setaraf malaikat menentukan syurga neraka, dosa pahala orang lain. Jaga je amalan sendiri,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih diatas perkongsian tersebut selain turut memuji usaha Shima yang telah membuat rujukan terhadap orang yang lebih arif bila timbul kekeliruan mengenai soal agama.
“Hebatnya dapat tanya direct dengan Mufti Perlis lagi. Terbaik Baby Shima. Ustaz ustzah fake sekalian, fahamkan betul-betul.
“Semoga Shima istiqomah dalam pelukan hidayah.
“It’s okay Shima. Just Allah know you. Abaikan kata-kata netizen dekat luar sama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setiap perkara di dalam dunia ini ada kalanya berlaku di luar kemampuan manusia. Walau bagaimanapun kita beringat, segala ketentuan telah pun ditetapkan oleh yang maha esa.
Selepas pelakon, penyanyi dan hos, Alif Satar disahkan positif Covid-19, kebanyakkan rakan artis terutamanya yang terlibat dengan program separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM) turut menjalankan kewajipan mereka dengan melakukan ujian saringan secepat mungkin.
Malah, kebanyakkan dari mereka turut berkongsi video ujian tersebut melalui laman Instagram.
Disebalik perkongsian tersebut, terdapat beberapa perkara yang dilihat telah menyentuh hati dan jiwa netizen.
Terbaru, Alif difaham telah membuat permohonan maaf pada hampir kesemua akaun rakan-rakan artis yang memuat naik video mereka sedang menjalani ujian saringan Covid-19.
Alif yang juga merupakan salah seorang peserta malam pertama SFMM dilihat berasa sangat bersalah di atas apa yang sedang berlaku ketika ini.
Perkara berkenaan ternyata mendapat perhatian segelintir warga maya yang menyifat Alif tidak sepatutnya menyalah diri sendiri kerana beranggapan perkara seperti ini tidak dapat dikawal.
“Aww Alif! You don’t have to say this. This is not your fault. Sedih pula tengok Alif Satar minta maaf dekat post rakan-rakan artis dia,” tulis seorang individu di Twitter.
Sementara itu, nama Alif juga turut dikatakan telah trending sejak semalam.
Terdahulu, demi memastikan keselamatan semua pihak, pihak Muzik-Muzik memutuskan untuk menangguhkan konsert minggu ke-3 SFMM35 ke suatu tarikh yang baru.
Perkara tersebut diumumkan oleh pihak menganjur menerusi akaun Instagram milik mereka.
Sumber: Instagram & Twitter @Munaamizann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!