“Rasa Baru Je Lahirkan Diaorang,” – Irma Hasmie Kongsi Wajah Terkini Dua Cahaya Matanya, Comel Sungguh!

Share

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie ada memuat naik dua foto terkini anaknya,Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Bintang itu berkongsi foto keduanya menerusi posting Instagram yang dikemas kini.

Sambil menyifatkan masa sungguh cepat berlalu, Irma menyatakan ibarat baru sahaja melahirkan mereka.

“Subhanallah, rasa baju je lahirkan diaorang. Now masing-masing dah masuk 5 dan 6 tahun. How time flies. Allahuakbar,” tulisnya.

Perkongisan tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji wajah comel anak-anaknya.

Apa pun, jom tatap beberapa foto kedua anak-anaknya ini. Memang comel!

Untuk rekod, Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinannya dengan Redza Syah Azmeer  Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada jun 2012

Foto: Instagram Irma Hasmie

Published by
Rafiq Mazlan