Penyanyi, Nawa Latif terharu melihat sokongan yang ditunjukkan para peminat sewaktu membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, suasana di ruang acara tersebut dilihat gamat apabila para penonton sama-sama menyanyikan lagu-lagu popular Najwa seperti Cinta Muka Buku, Untuk Dia dan Sahabat.
View this post on Instagram
“Saya sudah biasa dengan idea dan perasaan tidak disukai orang sekeliling. Sudah tentu perkara ini sangat luar biasa buat saya,” tulisnya.
Jelas Nawja, dia berterima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu menyokong karyanya sejak awal kemunculannya di dalam industri seni.
“Kepada yang sudi, terima kasih kerana membesar bersama saya dan menghargai lagu yang ditulis oleh Kak Ika buat saya,” tulisnya.
Disebabkan sambutan positif itu, ruangan komen Instagram Najwa dipenuhi pemintaan peminat yang mahu dia mengadakan konsert solo dalam masa terdekat.
“Wawa, saya peminat peminat awak sejak menyanyi dalam kereta dan main gitar. Tolong buat konset mini atau gabungan. Kami nak nyanyi sekali.
“Wawa buat konsert saya akan pergi dan akan jadi konsert pertama saya.
“Kami mahu konsert jelajah Najwa Latif.
“Dah boleh perlahan-lahan untuk konsert Wawa,” antara komen-komen netizen.
Bercakap mengenai konsert, Najwa memaklumkan dirinya masih belum layak untuk menganjurkan konsertnya sendiri.
Bagaimanapun, dia akan tetap memenuhi jemputan persembahan sekiranya diundang.
View this post on Instagram
“Fasal konsert atau showcase, saya belum rasa layak atau tak pernah layak pun. Namun, doakan saya habis belajar ya.
“Kalau ada rezeki, kita jumpa di mana-mana acara. Terima kasih kerana buat diri ini rasa istimewa,” ujarnya lagu.
Sekadar informasi, Najwa memulakan debutnya sebagai seorang penyanyi pada 2011 ketika usianya masih 16 tahun menerusi lagu Cinta Muka Buku.
Sejak itu, hampir kesemua lagu-lagunya berjaya menjadi hits sehingga layak bertanding di Anugerah Juara Lagi ke-26 (AJL26).
Selain bergelar penyanyi, Najwa kini juga merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Tengku Abdul Rahman (UNITAR).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instargam Najwa Latif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI