Nur Fazura dan Fattah Amin merupakan pasangan selebriti popular Malaysia yang cukup dikenali ramai. Sama-sama berjaya sebagai anak seni mereka berdua turut terkenal sebagai pasangan yang sukses menjalankan perniagaan.
Terbaharu dalam satu hantaran di Instagram, Nur Fazura telah memuat naik sebuah video khas dengan ucapan yang cukup menyentuh hati buat suaminya yang menyambut hari lahir ke-32 hari ini.
Ucapnya, “Inilah cinta dalam hidup saya, semasa kita meraikan kamu hari ini, saya harap kamu tahu betapa berharganya kamu sebagai seorang manusia. Terima kasih sayang kerana menjadi cahaya hidup saya, tulang belakang saya, penasihat saya, lelaki gagah saya dan kadang-kadang clingy-hubsbaby.
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Sukses Terima Anugerah, Fattah Amin; “You Deserved It Mommy. Mommy Kerja Kuat.”
“Terima kasih sayang kerana menjadi penyokong terbesar ketika saat kegembiraan dan menjadi orang yang saya berlari kepada ketika menghadapi masa yang sukar. Saya berasa bertuah setiap hari kerana Allah SWT memilih awak sebagai suami saya dan ayah yang terbaik kepada Fatima.
“Jadi, ini untuk kamu sayang ku. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredaanNya buat sayang di dunia dan akhirat. Saya cintakan awak sayang.”
Mengimbau kembali, penyatuan pasangan ini pada 27 November 2017 menjadi bualan ramai.
Kini, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang bakal memasuki usia 2 tahun Oktober nanti.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan