
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida, berkongsi keluhan hati anak lelakinya, Kacak yang merasakan dirinya tidak sehebat kakaknya, Cik B.
Menurut Datuk Seri Vida, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan menganggap dirinya sebagai beban yang hanya tahu menghabiskan duit ibunya itu.
“HU HU..KESIAN @kacak_._ Dia rasa dia No body. Habiskan duit mama jer. Mama selalu cakap. CIK B JER ANAK MAMA YANG HEBAT. KACAK?
“Ciik B @cikb_havoc66 Dah bole cari duit sendiri. Mama SAYANG SEMUA ANAK MAMA,” tulisnya di Instagram
Menerusi posting berkenaan, Datuk Seri Vida turut menjelaskan dia amat menyayangi kedua-dua anaknya itu secara adil dan saksama.
Malah, Datuk Seri Vida juga mendedahkan dia tidak pernah membanding-bandingkan kebolehan yang dimiliki Kacak dan juga Cik B.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan anak beranak itu selain turut menyifatkan Kacak juga akan berjaya seperti kakaknya satu hari nanti.
Terdahulu, Datuk Seri Vida telah dikurniakan empat orang cahaya hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami, Mohamad Amin Yasin.
Bagaimanapun, dua orang lagi anaknya Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree telah meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di kediamanya di Ipoh pada 2013.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Dapat Bayang Lautan Manusia…,”- Dapat Jemputan Khas, Zul Ariffin Tunai Haji 10 Jun Ini

Pelakon terkenal, Zul Ariffin akui teruja apabila bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 10 Jun ini untuk menunaikan ibadah haji.
Menurut Zul, dia bakal berangkat sedikit lewat daripada jemaah-jemaah lain kerana ia merupakan jemputan khas.
“Saya akan berangkat menunaikan haji pada 10 Jun ini. Saya tak nervous sebaliknya okay sahaja. Sekarang ini, ada beberapa perkara yang perlu saya ambil tahu antaranya perkara-perkara yang akan dipelajari ketika kursus.
“Sepatutnya, saya sudah pun menjalani kursus tetapi saya terpaksa anjak sebab jadual penggambaran yang agak padat. Jadi, saya kena cepat belajar la nanti.
“Perjalanan pertama jemaah haji telah pun bermula pada 20 May lalu. Namun, saya telah mendapat jemputan untuk turut sama menunaikan haji. Ia bukan melalui Tabung Haji.
“Saya anggap peluang ini sebagai rezeki bila kami telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Namun, banyak perkara yang harus saya catch up,” katanya kepada MH.
Zul berkata sedemikian ketika ditemui ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.
Katanya lagi, dia akan sedaya upaya mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal sebelum berlepas ke Mekah.
“Kalau ikutkan, saya masih lagi ada komitmen kerja bersama pihak Astro tetapi saya minta anjakkan kerana saya perlu buat persediaan.
“Kalau menunaikan umrah, saya dah punyai pengalaman dan tahu selok-beloknya. Namun, bila melibatkan ibadah haji, kita kena pergi awal untuk persediaan.
“Dengar khabarnya, keadaan orang di sana pun sangat ramai dan cuaca di sana pun sangat panas. Jadi, saya ada masa kurang dua minggu untuk mempelajari segalanya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Zul turut menyifatkan jemputan ini sebagai hikmah apabila hajatnya untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Mekah tidak kesampaian
“Saya sangat teruja. Namun, saya tak boleh bayangkan lagi lautan manusia di sana nanti macam mana. Selalunya kita tengok di televisyen sahaja. Cuaca pun dikhabarkan mencecah 45 darjah celcius.
“Sepatutnya saya merancang untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Tanah Suci tapi tak berkesempatan tapi perancangan Allah itu sangat cantik. Saya dijemput pula tunaikan haji,” akhirinya.
Terdahulu, Zul bakal membawakan watak sebagai Sherif yang juga merupakan seorang pegawai polis ‘rebel’.
Menerusi filem ini, Zul bakal bergandingan bersama nama-nama besar seperti, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Zul Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lana Nodin Tegur… “Datang Sambil Lewa, Mahu Cepat Habiskan Skrip Sahaja Macam Mana?”

Pelakon Lana Nodin berpendapat, setiap pelakon diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesebuah naskhah dengan baik dan harus memahami skrip supaya lakonan mampu memberi impak besar buat penonton.
Dia seterusnya turut menegur sikap segelintir pelakon baharu yang bekerja dengan sambil lewa seolah-olah hanya mahu menghabiskan skrip sahaja.
“Dulu saya selalu dikecam seksi masa zaman-zaman cerita Rempit. Itu saya hanya melakonkan watak.
“Bila kita diberikan sesuatu naskhah itu kita kena lakukan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita kena juga ikut berlandaskan garis panduan yang sudah diberikan.
“Bagi saya anda diberi watak, baca dulu skrip. Kalau rasa boleh bawa watak itu buat, kalau rasa tak boleh buat jangan buat. Kalau takut kena kecam jangan buat.
“Kalau saya dapat watak jahat, orang nak ludah ke orang nak marah saya dekat luar ke itu kepuasan saya sebab dapat menghidupkan watak. Maknanya saya dah nailed this job,” katanya.
Lana ditemui selepas sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan pelancaran acara Starvendors Kedah Raya Fest 2022, baru-baru ini.
Tambah Lana lagi selain lakonan, pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan watak dimainkan juga penting dalam menghidupkan karakter.
“Pakaian juga sama, ada sesetengah produksi yang pilih baju, bukan apa, salah artis juga, kadang mereka ini asyik ulang baju yang sama.
“Spend la sedikit atau minta dengan produksi carikan baju wardrobe, cari yang sesuai. Benda seperti ini boleh berbincang bukan tak boleh.
“Macam saya, untuk yang akan datang ini saya akan membawakan watak sebagai founder kosmetik yang over, jadi sudah pasti baju kena over.
“Jadi saya cakap dengan produksi saya nak tempah baju sebab saya tak selesa pakai baju sponsor kerana badan saya kecil, susah nak pakai, nanti tidak kena dengan cita rasa saya.
“Saya nak rasa selesa bila berlakon dan produksi pun tahu hal tersebut. Jadi mereka berikan bajet dan saya buat sendiri. Puas hati.
“Jadi bila kita berlakon rasa confident. Bila penampilan okay kita jadi yakin untuk melontarkan dialog dan karakter. Barulah nampak hidup.
“Ini kalau datang sambil lewa hanya untuk habiskan skrip sahaja, macam mana. Banyak pelakon baru sekarang ini sekadar hanya mahu cepat habiskan skrip sahaja.
“Nak job sahaja sampai dah tak ada kualiti, cerita yang sepatutnya ada kualiti buat orang macam dah malas nak tonton. Baik tengok cerita Korea lagi bagus. Begitulah perumpaannya,” jelasnya lagi.
Terdahulu selain Lana, pelakon Histeria The Series iaitu Liyana Jasmay sebelum ini pernah mengakui agak sukar untuk mencari pelapis yang benar-benar mampu menjiwai watak dan skrip diberikan dengan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perancangannya Sudah Lama Iaitu Sebelum Kahwin Tapi…,” – PU Riz Buka Klinik Estetik

Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz kini melangkah setapak lagi dalam perniagaan kecantikan selepas mempunyai beberapa cabang bisnes lainnya.
Tidak menjual produk kosmetik, sebaliknya PU Riz bersama rakan perniagaan iaitu Dr Aizul Hafizi membuka pusat rawatan estetik iaitu Airiz Aesthetic Center.
Apa yang menarik, pusat itu kombinasi antara perubatan estetik dan tradisional Islam apabila menawarkan rawatan akupuntur dan bekam.
Riz berkata, perancangan untuk meneroka perniagaan berasaskan rawatan kecantikan itu sudah lama iaitu sebelum berkahwin lagi.
“Perancangannya sudah lama iaitu sebelum kahwin dan ketika saya masih belajar, tapi masa itu ada kekangan. Alhamdulillah sekarang ini ada waktu untuk meneruskannya.
“Saya lihat ia adalah bahagian perniagaan yang baik kerana orang akan sentiasa berulang kali ke sini. Bila ada pengulangan maksudnya bisnes itu bagus. Dalam masa sama, saya minat bekam dan rawatan Islam, jadi kami akan sekalikan nanti. Pusat ini bukan untuk perempuan sahaja dan lelaki juga perlukannya.
“Saya memilih Dr Aizul sebab, satunya disebabkan kawan lama. Awal-awal dulu saya selalu bantu dia untuk buat ulasan tempat dia secara percuma. Jadi, saya rasa selepas itu apa salahnya untuk jalankan bisnes bersama-sama. Doakan supaya kami dapat buka satu cawangan di setiap negeri. Kita lihat bagaimana rezeki yang dapat,” katanya.
Menurutnya, Airiz Aesthetic Center menawarkan harga yang berpatutan dengan pakej yang ditawarkan.
“Kalau lihat mereka yang datang adalah dalam kalangan pekerja kerajaan yang sudab stabil. Jadi, kami sasarkan mereka yang berada dalam lingkungan 30 kilometer dari klinik ini. Bagaimanapun, kami menyasarkan seramai mungkin untuk mendapatkan rawatan di sini.
“Harga kami galakkan untuk ambil secara pakej sebab biasanya ia lebih murah dan lama. Saya mahu pastikan rawatan itu dilakukan baru ada hasil yang betul-betul cantik dan bersih.
Secara kasarnya, harga rawatan antara RM200 hingga RM250 untuk sebulan,” katanya.
Sementara itu, Dr Aizul berkata, dia amat menggalakkan kaum lelaki untuk turut mendapatkan rawatan.
“Kita ada beberapa staf lelaki yang membuat rawatan untuk lelaki. Macam saya ada klinik sendiri juga ada staf lelaki dan perempuan. Biasanya peratusan pelanggan lelaki dan perempuan yang datang boleh dikatakan sama sahaja.
“Setakat ini kami mahu fokus cawangan ini dahulu dan lihat bagaimana perjalanannya kerana cawangan ini juga sangat besar. Di sini kami ada lapan bilik rawatan, satu bilik ‘treatment’ termasuk beberapa petugas perubatan.
“Rawatan sebenarnya sama sahaja, tapi bila Riz sertai kami, dia tambah beberapa perkara seperti rawatan akupuntur dan bekam. Ia kombinasi antara perubatan estetik dan tradisional Islam,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI