“Rasa Dia Nobody, Habiskan Duit Mama Je,” – Kacak Sedih Sebab Tak Sehebat Cik B, Datuk Seri Vida Sayang Anak Sama Rata

Share

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida, berkongsi keluhan hati anak lelakinya, Kacak yang merasakan dirinya tidak sehebat kakaknya, Cik B.

Menurut Datuk Seri Vida, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan menganggap dirinya sebagai beban yang hanya tahu menghabiskan duit ibunya itu.

 “HU HU..KESIAN @kacak_._ Dia rasa dia No body. Habiskan duit mama jer. Mama selalu cakap. CIK B JER ANAK MAMA YANG HEBAT. KACAK?

“Ciik B @cikb_havoc66 Dah bole cari duit sendiri. Mama SAYANG SEMUA ANAK MAMA,” tulisnya di Instagram

Menerusi posting berkenaan, Datuk Seri Vida turut menjelaskan dia amat menyayangi kedua-dua anaknya itu secara adil dan saksama.

Malah, Datuk Seri Vida juga mendedahkan dia tidak pernah membanding-bandingkan kebolehan yang dimiliki Kacak dan juga Cik B.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan anak beranak itu selain turut menyifatkan Kacak juga akan berjaya seperti kakaknya satu hari nanti.

Terdahulu, Datuk Seri Vida telah dikurniakan empat orang cahaya hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami, Mohamad Amin Yasin.

Bagaimanapun, dua orang lagi anaknya Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree telah meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di kediamanya di Ipoh pada 2013.

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

Published by
Aizam Manaf