“Rasa Dukacita Sebab Ada Ketika, Kurang Dapat Laksana Terawih… ,” – Adam Lee

Share

Mengakui Ramadan tahun ini merupakan satu kelainan ketara sementelah bergelar anak seni, kesibukan kerjaya membuatkannya terpaksa atur masa di antara seni serta aktiviti ibadah sepanjang ramadan.

Ulas Adam Lee ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, 

baru-baru ini, jadual aktiviti harian terlalu sibuk sehingga sukar melaksanakan solat terawih.

Ramadan tahun ini rasa dukacita sebab ada ketika kurang dapat laksanakan terawih macam sebelum ini.

“Memang betul pilihan di tangan sendiri. Tapi ia semuanya terletak dalam diri. Macam saya, kena ubah diri. Perlu banyak belajar, buat yang terbaik,” ulasnya kepada MH.

Akur nama masih terlalu mentah dan sukar bersaing dengan nama besar, namun dia rela perjalanan seni bergerak perlahan.

Malah, bintang tinggi lampai ini turut menegaskan tidak sekali-kali menggunakan kontroversi untuk dikenali.

“Prinsip masuk dalam industri, memang orang kata susah sebab ada benda yang kita tak boleh buat. Kita kena jaga batas dan kenal diri.

“Jangan lakukan sembarangan, jangan lakukan benda tak sepatutnya. Kita ikut landasan yang betul.

“Ramai yang menggunakan kaedah kontroversi panasa untuk cepat naik, tapi rezeki Allah luas. Saya bukanlah baik sangat, Islamik sangat.

“Cuma bagi saya, hanya jadi diri. Kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf. Ada yang tak suka, mulut orang kita tak boleh tutup,” tambahnya lagi.

Published by
Noraini Abd Wahab