Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa tampil memberi penjelasan susulan isu produk inai keluarannya, Innai Nunha yang sebelum ini diperkatakan susulan kekeliruan berkenaan isu mesra solat.
Menjawab perkara tersebut, Neelofa atau atau nama sebenarya Noor Neelofa Mohd Nor, 33, berkata, dia lega apabila hal tersebut diperjelaskan melalui satu kerjasama kajian dengan pensyarah dari Fakulti Perikanan Dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozaini.
“Saya sudah sedia maklum daripada awal bahawa material produk ini halal dan sah solat, namun masih timbul keraguan dalam kalangan netizen sekaligus ia menjadi viral.
“Untuk saya buktikan (mesra solat) kepada orang di luar tak cukup dengan kata-kata semata. Jadi kami ikhtiar jalankan bekerjasama dengan pihak UMT bagi menjawab segala keraguan.
“Alhamdulillah… saya rasa syukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangnya telah membuktikan bahawa inai ini telap air,” katanya.
Ads
Neelofa berkata demikian ketika Sidang Media Innai Nunha yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Isu berkaitan inai ini mulai timbul apabila netizen mempertikaikan status produk tersebut di media sosial, baru-baru ini.
Ads
“Jujurnya bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkannya. Rasa sedih, kecewa dan geram apabila ada dakwaan yang tidak tepat.
“Tapi kami sedar sudah pasti ramai yang ramai risau, apatah lagi ia melibatkan soal agama dan sebagainya. Jadi inilah usaha untuk menjelaskan semua keraguan.
Ads
“Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini. Syukur, semuanya kini jelas,” ujarnya.
Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail optimis kajian yang dijalankan adalah jalan terbaik untuk meyakinkan orang ramai.
“Kalau orang lain risau, kami lebih risau. Kerana sebagai perniaga dan menjual atas tiket agama. Tak mungkin kami tergamak menipu pengguna. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan murni pelakon, Zara Zya yang dilihat memberi makanan buat anjing jalanan.
Video yang dikongsikan di laman Instagram itu nyata mendapat pujian dan reaksi positif daripada ramai pihak.
Memetik laporan Kosmo Online, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, sifat bantu-membantu ini sememangnya sudak sebati dengan kehidupnya dan dia merasakan semua pihak termasuk haiwan berhak untuk dibantu.
Katanya lagi, selagi diberikan kudrat dan kemampuan dia akan terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja yang memerlukannya.
“Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.
“Semua golongan tidak kira kaum, bangsa mahpun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, insya-Allah saya hulur bantuan,” katanya seperti yang dipetik.
Mengulas lanjut mengenai video tular itu, pelakon drama, Pia ini berharap agar bantuannya itu dapat menjadi ikutan buat masyarakat di luar sana.
Malah, Zara juga turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen pujian yang diberikan oleh netizen.
“Sangat terharu dengan pujian ramai. Dalam ruangan komen ramai yang puji malah ada yang ingin melakukan perkara serupa.
“Semoga apa yang saya lakukan ini menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang melakukan perkara baik terhadap semua orang. Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk Tuhan,” jelasnya lagi.
Setakat ini, video berdurasi hampir 30 saat telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Selain bergelar pelakon, Zara juga dilihat sibuk menguruskan pertubuhan kebajikannya sendiri yang dikenali sebagai Malaysia Perihatin.
Sumber: Instagram Zara Zya & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Putra Amaris mengakui tertekan apabila namanya terpalit dengan isu besar sehingga menjejaskan kerjaya dan keluarga. Enggan mengulas lanjut kontroversi yang melanda, namun pelakon ini memohon agar Datuk Vida tampil memberi penjelasan sekaligus membersihkan namanya kepada mangsa terlibat.
Menjelaskan kepada Media Hiburan, dia telah menemui pihak polis meminta khidmat nasihat atas alasan keselamatan dan memberi tempoh dengan kadar segera kepada usahawan itu sebelum tindakan diambil.
“Setakat ini, saya bersyukur kerana isteri dan keluarga memahami apa yang berlaku. Saya boleh bersabar namun jangan sesekali menguji kesabaran saya.
“Kalau ikutkan saya tidak mahu mengulas isu ini namun ia melibatkan maruah diri dan keluarga dan sebab itu dia harus bersihkan nama saya. Jujurnya saya tertekan dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila nama saya turut terpalit dengan isu besar ini.
“Saya tidak mahu bergaduh namun kenyataan dia, susah untuk digambarkan. Saya mahu bersihkan nama kepada umum. Isu ini sangat besar kerana melibatkan VVIP, kerajaan dan kerabat. Jika tidak saya akan ambil tindakan. Saya sudah merujuk kepada pihak polis dan mereka mengesahkan kenyataannya berunsur ugutan. Saya mahu dia bersihkan nama saya daripada isu ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Pra Pelancaran Program Karnival HISCE 2019 di Menara Matrade semalam.
Ulas lelaki ini lagi, dia difahamkan oleh penyanyi I Am Me, isu ini telah diselesaikan, namun menerima respon berbeza daripada mangsa.
“Saya mohon lagi sekali supaya dia bersihkan nama saya. Dia faham apa yang saya maksudkan. Lebih elok sekiranya diselesaikan segera.
“Mengikut kenyataan dia sebelum ini, isu ini telah diselesaikan dengan pihak terbabit. Namun apabila saya hubungi mereka yang terlibat, isu ini belum selesai. Nasihat saya, minta selesaikan dengan segera sebelum tindakan diambil,” jelasnya yang kini sedang giat mempromosi kuih tat Amaris Mytart dan wangian Francesc Fragrance.
Putra Amaris atau nama sebenar Amran Ismail turut mengambil kesempatan menjelaskan dia tidak pernah menjadi sebahagian warga kerja Datuk Vida, sebaliknya hanya membantu atas kapasiti sahabat.
Dia turut terkilan apabila usahawan itu mengungkapkan kata-kata “saya nak sepak awak pun boleh’ ketika pertemuan singkat di Star Vendors di Sabah awal bulan lalu. Malah dia turut diminta memulangkan semula barangan yang pernah diberikan oleh jutawan berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mengakui masih menyimpan impian untuk menambah cahaya mata walaupun usianya kini sudah menginjak ke angka 43 tahun.Menerusi perkongsiannya dalam...