“Rasa Kosong, Pada Awal Saya Sudah Tahu,” – Ajai Komen Lagu Iman Troye Dinyanyikan Aufahanie

Share

Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), Ajai meminta salah seorang pesertanya, Aufahanie supaya lebih menjiwai seterusnya memahami lirik lagu yang disampaikan di dalam sesebuah lagu yang dipersembahkan.

Pada minggu kedua saingan, bintang muda itu menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan oleh Iman Troy gagal memikat hati juri seterusnya membawa kepada peratusan markah antara tiga terendah di antara 13 peserta bertanding.

Ajai memberikan kenyataan itu sebagai komen sejurus Aufahanie selesai membuat persembahan.

Ketika Ajai bertanya mengenai sejauhmana kefahamannya terhadap lagu berkenaan, Aufahanie akui dia terlebih fokus kepada pergerakan tarian dan berjaga-jaga kawal stamina.

“Sebab itulah penjiwaan lagu hilang. Pembawakan utama di dalam sesebuah lagu adalah ‘feelings’, kefahaman maksud lirik yang kamu nyanyikan itu. Ia akan membawa lontaran maksud… itu adalah ‘pergerakan’ dalam nyanyian.

“Jadi saya tak rasa… rasa kosong. Pada awal itu saya sudah tahu. Yang banyak bahagian ‘flat’ dan yang tak pasti. Ingat, ini pertandingan. Kamu diberikan masa yang singkat jadi kamu kena siap sedia.

“Nak buat macam mana ini pertandingan, kamu kena lalui perkara ini ya. Fokuskan kepada nyanyian yang sedap. Saya nak dengar sedap. Saya tak mahu dengar nyanyian yang tak ada perasaan.

“Pada saya kalau nyanyian sebegitu, tak juga kamu pergi reheasal atau pergi praktis. Sebabnya kamu tak faham apa setiap perkataan yang kamu nyanyikan. Terima kasih,” katanya.

BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufahanie, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.

Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boyz.

Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan duo Hoondoo dari Korea Selatan.

Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.

Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.

Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH