Awal semalam, pelakon Mira Filzah ada memberi ruang buat para peminatnya untuk bertanya mengenai apa sahaja menerusi aplikasi Ask Me Question menerusi Instagram.
Pelbagai soalan telah diutarakan peminat dan dijawab ringkas Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-32 ini.
Bagaimanapun, antara soalan yang menarik perhatian adalah apabila pelakon Sweet Dreams ini ditanya sama ada adalah dia rasa ‘sayang’ atau tidak untuk tanggalkan solekan sebelum mengambil wuduk.
“Pernah tak rasa sayang nak buang makeup before nak ambil wuduk?,” tanya salah seorang pengguna media sosial.
Lalu ia dijawab ringkas Mira.
“Tak. Rasa lagi sayang kalau solat tu tak sah bila tak buang makeup betul-betul before ambil wudhuk,” jawabnya.
Dalam perkembangan lain, Mira baru sahaja muncul menerusi single terbaru Caprice, Baby Sayang dan muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton menerusi YouTube.
Foto: Instagram Mira Filzah