Pelakon dan pelawak Sharifah Sakinah memaklumkan bukan satu perkara yang mudah untuk melalui fasa penceraian dan bergelar ibu tunggal.
Menurut Sakinah, dia mengakui terkesan dengan ujian yang menimpa dalam rumah tangganya bersama bekas suaminya, Aliff Adha.
Jelas Sakinah, penceraian tersebut berlaku bukan berpunca daripada suaminya.
“Penceraian ini masih baru lagi sebab tu Sakinah tengah cuba sebaik mungkin meneruskan kehidupan, sebab tu Sakinah banyak luangkan masa di gim sekarang, jadi saya tak fikir pasal masalah rumah tangga,
“Selepas penceraian memang haru biru sebenarnya dan bukan mudah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, bukan dah bercerai 10 tahun.
“Bekas suami saya dia seorang lelaki yang sangat baik, sentiasa memberi sokongan dan sebagainya,” katanya.
Di samping itu, bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini menolak untuk rujuk kembali bersama bekas suaminya demi kebaikan bersama.
Bagaimanapun, Sakinah memberitahu masih menjalankan hubungan baik bersama bekas suami.
“Kami masih berhubung malah kamu berdua masih menjalinkan hubungan yang sangat baik dan tak ada pergaduhan yang berlaku antara kami berdua.
“Kalau boleh saya tak nak rujuk semula kerana saya tidak mahu membebankan dia lagi dengan masalah sakit yang saya alami, jadi biarlah saya sendirian.
“Saya sampai umur 40 tak kahwin pun tak apa,” katanya kepada media.
Adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini memberitahu dia menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan & Hiperaktif (ADHD) sejak dari kecil dan sudah mula menjalani rawatan pada tahun 2018.
Terdahulu, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 3 tahun.
Bagaimanapun, mahligai cinta Sakinah telah berakhir pada bulan Mei lalu.