Meski telah melabuhkan tirai malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada Jumaat lalu, namun kehangatan dan bahangnya masih lagi terasa sehingga hari ini.
Mana tidaknya, para pemenang dan persembahan yang disajikan menjadi momen paling bermakna buat yang menonton.
Persembahan memukau dari Datuk Jamal Abdillah misalnya, yang menyanyikan lagu beberapa buah lagu diiringi alunan muzik piano dari Sissy Iman cukup membuai perasaan.
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima juga bagaikan ‘dibuai’ perasaan menghayati bait-bait lagu yang disampaikan Raja Pop itu ketika mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku.
Ads
“Satu tiada duanya Jamal Abdillah… Subhanallah…Anugerah Allah.
“Dulu masa muda2 aku pernah bawa bunga kt RTM nk bg kt dia sbb terlalu minat…bunga aku sampai hilang..tak sempat nk bagi pun,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram sambil menonton persembahan Jamal menerusi kaca tv.
Video yang dirakam spontan itu, melihatakan Erma khusyuk menyaksikan persembahan memukau dari penyanyi berusia 60 tahun itu.
Ads
“Rasa mcm ada jin di tekak dia, buka mulut je sedap. Tak ada siapa boleh lawan.
Pertandingan Miss Universe kini telah mengambil pendekatan lebih terbuka dengan ideologi untuk memboleh setiap lapisan wanita menyertai pertandingan itu termasuklah mereka yang berusia, gemuk, berkahwin dan transgender.
Namun lain pula keadaan yang melanda juara Miss Universe Guatemala 2024 apabila dia diminta untuk melepaskan mahkotanya kerana dia disahkan mengandung sebulan selepas kemenangannya.
Monica Andrea Aquilar terpaksa akur dan menyerahkan mahkota kepada pemenang tempat kedua, Ana Gabriella Villanuava yang kini akan mewakili Guatemala dalam pertandingan Miss Universe 20204 yang bakal diadakan di Mexico pada November ini.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, organisasi Miss Universe Guatemala menyatakan keputusan itu dibuat kerana keadaan Andrea yang mengandung akan membataskan komitmen yang perlu dipenuhi.
“Bagaimanapun, memandangkan kepentingan peringkat ini, Andrea tidak akan dapat memenuhi sepenuhnya komitmen dan tanggungjawab yang datang dengan gelaran itu,
“Berdasarkan perkara ini dan mengikut susunan kedudukan yang ditetapkan.Organisasi Miss Universe Guatemala dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Ana Gabriela Villanueva Jolón, naib juara dalam pertandingan itu akan mengambil alih jawatan tersebut,” kongsi kenyataan tersebut.
Terdahulu kenyataan tersebut turut mengucapkan tahniah kepada Andrea atas kandungannya. Organisasi tersebut turut menyatakan perubahan kadangkala berlaku pada masa yang tidak dijangka.
“Organisasi Miss Guatemala mengakui bahawa perubahan yang tidak dijangka adalah sebahagian daripada kehidupan dan, kadangkala, ini boleh menjejaskan komitmen yang dibuat, walaupun dalam bidang pertandingan ratu cantik.
“Pada saat inilah pemahaman dan sokongan menjadi satu perkara penting,” tegas organisasi tersebut mengenai isu yang baru mereka hadapi itu.
Imbas kembali, pertandingan Miss Universe sudah menerima mereka yang berusia lebih 28 tahun untuk menyertai pertandingan tersebut tanpa mengira status perkahwinan mereka.
Selain itu, sejak 2018 wanita transgender turut sama bertanding dengan wanita asli dalam pertandingan berprestij itu. Namun setakat ini golongan tersebut belum berjaya bergelar juara.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit mendedahkan dirinya lebih selesa untuk memasarkan bisnesnya menerusi kekuatan produknya sendiri berbanding daripada mengharapkan gimik-gimik murahan.
Menurut Ayu, kaedah tersebut ternyata berhasil apabila bisnes cili jeruk yang diusahakannya kini turut mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan.
“Mungkin semua orang pun dah tahu yang saya ni tak pandai nak buat gimik-gimik ni. Nak berlakon pun tak pandai. Lebih baik saya buat dengan cara yang betul. Itulah Ayu Damit dan saya tak perlu jadi orang lain.
“Dari segi marketing, memang ramai yang beri cadangan kepada saya. Ada yang cadang supaya saya bergaduh dengan orang lain tapi itu bukan saya. Saya ni bukan jenis yang ‘propa’.
“Marketing secara direct macam ni rasanya lebih bagus. Ini terbukti dengan adanya nama-nama besar yang datang turun sendiri ke program saya yang diadakan secara formal ini,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Cili Jeruk Yugi Fresh dan pasar tani bergerak yang berlangsung di Stesen LRT Putra Heights pada Sabtu.
Turut sama hadir melancarkan majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Tn. Azhar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Firdaus Effendy Mokhtar.
Pada masa sama, Ayu turut menafikan dirinya menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk mendapatkan sokongan daripada individu-individu penting ini.
“Orang akan terfikir macam mana saya boleh jemput nama-nama besar ni? Tapi saya tidak bawa pun gelaran artis untuk panggil mereka semua ini.
“Sebelum jemput mereka, saya datang dulu berjumpa mereka untuk tunjuk produk dan kebun saya. Mereka pun datang tengok kebun saya sendiri. Sebab itulah produk saya ada disini ketika ini
“Saya bukan katakan tidak kepada gimik murahan tapi ini adalah punca rezeki saya. Kalau kita gunakan gimik yang tidak elok untuk jana rezeki meski pun dah penat pacak tanah dan bercucuk tanam, saya percaya ia takkan kekal lama,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Yugi Fresh juga berhasrat ingin meneruskan lagi karnival pasar tani bergerak ini di seluruh stesen LRT bagi membantu para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memperagakan produk mereka.
Karnival ini juga bakal menjual barangan-barangan segar dengan harga terus daripada ladang.
“Apa yang kami mohon dengan PRASARANA adalah untuk Yugi Fresh ini dapat bergerak ke setiap stesen LRT pada setiap minggu. Saya nak buktikan harga dari ladang ini tak mustahil.
“Saya kesian dengan orang kita, saya ada pengalaman bila pergi ke kedai untuk beli sebatang timun dan harganya RM2. Sedangkan saya jual RM1.80 sekilogram. Perbezaannya sangat ketara. Jadi, saya tak boleh biarkan perkara ini berterusan.
“Saya tak risau kalau dilabel mengganggu harga pasaran. Kalau saya jual cili padi dengan harga RM18, itu cara saya. Mungkin bila perkara ini terjadi, peniaga lain juga akan kurangkan harga.
“Lumrah dalam perniagaan, harga itu memainkan peranan. Siapa jual paling murah, mereka akan jadi pilihan. Kita turunkan harga barang RM1 pun dah membahagiakan semua orang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi iaitu Rashid Sulong dilaporkan meninggal dunia di Dungun, Terengganu, awal pagi tadi.
Khabar sedih tersebut dikongsi Safawi menerusi Instagram Story miliknya.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau (roh) dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya ringkas.
Sementara itu isterinya Syifa Melvin turut berkongsi perkara sama.
“Abah telah kembali ke negeri abadi. Rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti…al-Fatihah,” tulisnya.
Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah arwah bapanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!