Meski telah melabuhkan tirai malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada Jumaat lalu, namun kehangatan dan bahangnya masih lagi terasa sehingga hari ini.
Mana tidaknya, para pemenang dan persembahan yang disajikan menjadi momen paling bermakna buat yang menonton.
Persembahan memukau dari Datuk Jamal Abdillah misalnya, yang menyanyikan lagu beberapa buah lagu diiringi alunan muzik piano dari Sissy Iman cukup membuai perasaan.
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima juga bagaikan ‘dibuai’ perasaan menghayati bait-bait lagu yang disampaikan Raja Pop itu ketika mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku.
“Satu tiada duanya Jamal Abdillah… Subhanallah…Anugerah Allah.
“Dulu masa muda2 aku pernah bawa bunga kt RTM nk bg kt dia sbb terlalu minat…bunga aku sampai hilang..tak sempat nk bagi pun,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram sambil menonton persembahan Jamal menerusi kaca tv.
Video yang dirakam spontan itu, melihatakan Erma khusyuk menyaksikan persembahan memukau dari penyanyi berusia 60 tahun itu.
“Rasa mcm ada jin di tekak dia, buka mulut je sedap. Tak ada siapa boleh lawan.
“Bangga gila anak seni yang macam ini,” pujinya.
Terdahulu, Jamal dan Sissy membuat persembahan secara ‘medley’ di pentas ASK 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Video : Instagram Erma Fatima/ Youtube TV9 Official