
Pelawak Achey ada berkongsi detik cemas apabila dia memuat naik video di Instagramnya, baru-baru ini.
Video berdurasi empat minit itu memaparkan detik cemas yang dialami pelawak berkenaan apabila hidungnya mulai berdarah.
“Again again huh! Cemana lah agaknya puasa eh? Oh my god.. dia mengalir x henti.. something wrong lah ni
“Rasa mcm ada ketulan yg sumbat kat hidung.. pastu dia turun mengalir laju..
“Saya x tahu puasa mcm mana ni? Harap oklah puasanya. Tawakal je lah,” kata Achey sambil merakam videonya.
Lalu, netizen yang mengambil berat terhadap penyanyi lagu Yang Terindah itu, turut mendoakan agar segalanya kembali normal.
Malah, ada juga yang memberi cadangan agar segera berubat terhadap ‘penyakit’ yang dialami Achey.
Situasi berkenaan bukanlah pertama kali berlaku buat Achey. Malah dia sebelum ini pernah berkongsi hal sama dan turut menjalani rawatan secara tradisional pada Mac lalu.
Video : IG Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Foto Nampak Betis & Lutut, Peminat Mohon Ara Johari Jaga Aurat

Tidak dinafikan, setiap tindak tanduk dan perkongsian para selebriti akan sentiasa menjadi perhatian peminat.
Lalu perkongsian daripada penyanyi, Ara Johari misalnya mencuri perhatian selepas dia memuat naik sekeping foto terkini di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan, gaya fesyen yang ditonjolkan oleh penyanyi lagu Bunga ini turut menerima pujian peminat.
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang memberi kritikan terhadap penampilan Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatien itu.
Ada di antara mereka yang menasihati serta memohon penyanyi berusia 24 tahun itu untuk menjaga aurat dengan baik selepas ini.
“Uuii. aurat jaga Ara. Lebih cantik pakai cam dulu. Sut lengkap dgn seluar pig. Like ur song,” tulis seorang netizen di ruangan komen.
“Uish seksi,” tulis wargamaya.
“Uuu makk ngaill..berani bonar eh kau ekk..,” tulis pula netizen lain.
“Yang ni lain maciammmm,” luah seorang peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ara Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Usianya 65 Tahun Pun Masih Berdiri Dari Jam 6.00 Pagi Tebar Roti Canai,” – Yana Samsudin Imbas Memori Sama Bapa

Meraikan Aidilfitri lebih awal bersama bapa tercinta, pelakon dan hos, Yana Samsudin meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang meraikan hari lebaran bersama keluarga.
Difahamkan, bapanya seorang pesara tentera tetapi kini menyara keluarga dengan menebar roti canai pada usia 65 tahun sehinggalah arwah neneknya jatuh sakit.
“Beraya awal dengan abah, sebab esok nak balik beraya di Kedah…
“Alhamdulillah, untungnya Yana masih ada insan bergelar abah di sisi yana, banyak mendidik & mengajar erti kehidupan dunia akhirat… seorang pesara tentera yang telah mendisplinkan yana, sejak dari kecik lagi yana saksikan abah & mak bertungkus lumus menjaga kami 5 beradik hingga dewasa, gigihnya dia bekerja utk menyara kami semua.
“Sampai usianya 65 pun masih berdiri dari jam 6pagi sampai jam 12 tghari menebar roti canai , malamnya pula menguli roti canai untuk esok. .
“Sampai lah arwah nenek sakit tak boleh bangun baru abah berhenti berniaga , fokus kepada jaga nenek. .
“Sekarang usia abah 74tahun . Takde kata yang lebih besar dari syukur pada Allah Taala kerana kurniakan abah pada kami, abah la tempat mengadu dari segala jenis hal dalam dunia ni, segala nasihat dan pesannya takkan yana lupakan sejak dari kecik lagi, hingga sekarang dah ada suami, abah tetap jalankan tugasnya sebagai abah menasihati yana & suami dari segala segi.
“Hanya Allah yang dapat balas jasa2 abah
😢 . Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada mak abah kalian yang telah meninggal dunia.. .
“Korang ada sesiapa yang korang rasa bersyukur sangat untuk mereka berada di sisi dan berkongsi cerita boleh swipe sebelah.”
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Bertuah bagi mereka yang masih punya ibu bapa untuk ditaburkan bakti. Hargai sementara mereka masih ada.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Filipina, Andrea Brillantes Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia Bagi Tahun 2024

Pelakon dan personaliti terkenal Filipina, Andrea Brillantes telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2024 oleh TC Chandler dan Independent Critics.
TC Candler ialah laman web popular yang kerap mengeluarkan senarai tahunan “100 Wajah Paling Cantik” dan “100 Wajah Paling Kacak.”
Penilaian dalam senarai ini merangkumi pelbagai aspek, daripada populariti kepada daya tarikan fizikal dan estetika keseluruhan yang sekaligus menarik perhatian mata secara global.
Andrea yang cukup terharu dengan penghormatan itu memuat naik satu video berterima kasih atas penghomatan yang diberikan kepadanya.
“Ia satu penghormatan yang besar, terima kasih banyak kepada TC Candler. Ini bukan hanya tentang kecantikan, ia tentang keyakinan dan keunikan serta menerima siapa diri anda.
“Saya harap anda mendapat inspirasi untuk meraikan kecantikan anda sendiri,” ujarnya dalam satu video seperti yang dipetik oleh portal berita ABS-CBN.
Andrea Brillantes atau sebenarnya Ramona Anndrew Blythe Daguio Gorostiza, dilahirkan pada 12 Mac 2003 di Taytay, Filipina. Dia adalah anak ketiga daripada pasangan Mabel Gorostiza, seorang atlet terjun bebas kebangsaan Filipinadan Byron Gorostiza.
Memiliki lebih 14 juta pengikut di Instagram, Andrea memulakan langkahnya dalam dunia seni sebagai model cilik sebelum terjun ke dunia lakonan.
Antara naskhah lakonannya yang popular adalah seperti siri remake Pangako Sa Yo 2015 dan High Street yang diterbitkan pada 2024 menyaksikan dia memegang watak utama.
Selain Andrea, penyanyi Kumpulan Blackpink, Jisoo berada di tangga kedua dan pemain chess Kanada, Andrea Botez berada di kedudukan ketiga.
Pelakon popular Malaysia yang tercalon, Anna Jobling, berada di kedudukan ke-59. Bekas finalis top 5 Dewi Remaja 2018/2019 ini naik tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-66 bagi tahun 2023.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI