Pelawak Achey ada berkongsi detik cemas apabila dia memuat naik video di Instagramnya, baru-baru ini.
Video berdurasi empat minit itu memaparkan detik cemas yang dialami pelawak berkenaan apabila hidungnya mulai berdarah.
“Again again huh! Cemana lah agaknya puasa eh? Oh my god.. dia mengalir x henti.. something wrong lah ni
“Rasa mcm ada ketulan yg sumbat kat hidung.. pastu dia turun mengalir laju..
“Saya x tahu puasa mcm mana ni? Harap oklah puasanya. Tawakal je lah,” kata Achey sambil merakam videonya.
Lalu, netizen yang mengambil berat terhadap penyanyi lagu Yang Terindah itu, turut mendoakan agar segalanya kembali normal.
Malah, ada juga yang memberi cadangan agar segera berubat terhadap ‘penyakit’ yang dialami Achey.
Situasi berkenaan bukanlah pertama kali berlaku buat Achey. Malah dia sebelum ini pernah berkongsi hal sama dan turut menjalani rawatan secara tradisional pada Mac lalu.
Video : IG Achey