Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih sinonim dikenali sebagai Dr.Erin telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil.
Perkongsian berita gembira oleh isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan itu dilakukan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
Jelas Noorainul, pada awalnya dia mengalami loya-loya menjelang Ramadan dan turut merakamkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
“Dah 5 tahun tak pernah fikir nak cari benda ni. Tup tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa.
“Tapi bila adik petrol pump tegur “akak ok ke nampak macam tak okay je, tah tah berisi kot, maklumlah memang musim dia ni”, terus gabra.
“Pagi ni pergi cari juga benda ni. Rasa macam dapat anak pertama je dia punya excited bila dia bagi 2 calit kat situ.
“Alhamdulillah, rezeki ramadan, covid-19 thank you sebab bagi semua kena kuarantine ada kebaikan juga ya.
“Maybe its too early to show off but excited dia lain macam sikit sebab dah lama tak dapat news ni. Sorry tau,” tulisnya pada Sabtu.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan ucapan tahniah dan ada di antara reaksi itu turut mendapat respon darinya.
Foto: Instagram Dr. Erin, Da’i Farhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mascara Meleleh Sebab Menangis,” – Bakal Sambut Anniversary, Saharul Ridzwan Hadiahkan Isteri Kereta Baru Jenis Honda
Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan apabila menghadiahkan isterinya, Deena Emir sebuah kerata baru jenis Honda Jazz.
Menurut Deena yang juga merupakan seorang usahawan, dia sendiri tidak menyangka bahawa suaminya itu ingin membuat kejutan pada hari ini sedangkan ulang tahun perkahwinan mereka jatuh pada tanggal 16 September depan.
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
“Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept.
“Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis.
“Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. My prayers are always with you,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Deena menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Deena turut merakamkan ucapan terima kasih selain turut mendoakan semoga suaminya itu akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan oleh Sahrul bagi menggembirakan hati isterinya itu.
Terdahulu, Saharul dan Deena telah melansungkan perkahwinan mereka pada tanggal 16 September 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 dan Fateema Azzahra yang baru berusia 8 bulan.
Sumber: Instagram Deena Emir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Benar Istiqamah Bukan Perkara Mudah,” – Kilafairy Ulas Soal Hijrah, Ketelitiannya Pilih Foto Sopan Didedahkan Pengasas Tudung Ini
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy tidak menafikan prosesnya dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
Dua tahun tampil sopan berhijab, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini bagaimanapun percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan baru sahaja dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 bagi kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya lagi.
Lebih menarik, koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi malam ini itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series terus pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama tudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ syukur nikmat dengan kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari laman web rasmi,” katanya.
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut terpalit kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya.
Pengarah fesyen jenama itu juga pada masa sama melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya.
“Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung. Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak mencolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Buat Benda Ni Bukan Sebab Dah Mula Mengaji…,” – Beri Tips Cara Hilangkan Tekanan, Nabila Huda Saran Didik Diri Sentiasa Bersyukur
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memberitahu ada segelintir peminatnya yang sering bertanya bagaimana menangani tekanan masalah hidup kepada dirinya.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu menyarankan, kepada sesiapa yang sedang berdepan situasi demikian agar menzahirkan rasa syukur dalam diri.
“Pertama sekali saya akan pejam mata kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan.
“Selepas itu saya akan senyum seikhlas hati dan apabila saya senyum tu saya akan cakap dalam hati Ya Allah tuhanku, terima kasih atas nikmat yang kau beri padaku, aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah terima kasihlah.
“Tapi jangan lupa senyum tau. Pada saya, bila kita senyum dan ketawa dia akan hilangkan semua masalah dalam hidup kita. Walaupun masalah itu tidak selesai lagi tapi bagi saya masalah itu akan selesai.
“Bila atau bagaimana kita tak tahu tapi ia akan selesai. Apa yang penting adalah sekarang, tak akan kita nak murung sepanjang masa jadi cuba praktikan benda itu dan car aini berkesan, percayalah apa yang saya cakap ni,” katanya.
Dalam pada itu, hos rancangan Melodi ini memberitahu, langkah tersebut dipraktikkan dirinya sejak sekian lama.
Malah, bintang berusia 36 tahun ini turut mengakui adakalanya dia berasa tertekan dengan setiap masalah hidup yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Namun, dia tidak pernah berasa benci dengan setiap masalah yang pernah dihadapinya selain menyifatkan itu sebagai satu proses menjadi dirinya lebih matang.
“Saya buat benda ni bukan sebab saya dah mula mengaji, masuk kelas agama dan sebagainya tapi dari dulu saya memang selalu buat benda ni. Pada saya, bila saya pejamkan mata saya rasa itu adalah masa untuk diri saya dengan Allah.
“Setiap orang ada masalah cuma masalah yang datang pada setiap orang itu berbeza, masing-masing ada bahagian masing-masing. Saya sudah lalui pelbagai masalah dalam hidup, kalau saya ingatkan balik ia merupakan satu kenangan untuk diri saya.
“Saya tak pernah benci masalah yang pernah berlaku dalam hidup saya sebab saya ambil benda ni sebagai untuk mematangkan diri saya. Jadi saya sentiasa bersyukur setiap masa dan hidup ini terlalu singkat jadi jangan terlalu banyak berfikirnya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI