Selebriti dan usahawan popular, Neelofa tersinggung dengan penyebaran video memaparkan wajah anak sulungnya, Mohammad Bilal sehingga menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tindakan individu berkenaan seperti tidak menghormati dirinya dan suami, PU Riz yang merupakan ibu dan bapa kepada Bilal.
“Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu (penyebaran video wajah Bilal) menyinggung perasaan saya.
“Kalau orang nampak Bilal di luar, tak mengapa, saya tak halang.
“Tapi bila share benda itu, saya rasa macam dia tidak menghormati saya.
“Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan buat benda ini (mendedahkan wajah Bilal kepada umum),” katanya kepada MH.
Terlibat dalam program Squad Dekorasi Amal bagi membaik pulih sekolah tahfiz di sekitar Lembah Klang, pelakon Rozita Che Wan ada membuat luahan.
Semuanya gara-gara tiada pihak yang sudi menaja mereka, malah ada yang membatalkan tajaan pada saat-saat akhir.
“Squad Dekorasi Amal ni ialah program di mana kami memberi nafas baru dr segi dekorasi dan jgk baik pulih di Mahaad2 tahfiz.
“Tapi Apa yang menyedihkan ialah bila mintk sponser spt carpet atau lantai atau curtain, wallpaper dan sbgnya utk menghiasi dan membaik pulih mahaad2 tahfiz sekitar lembah Kelang ni, ramai yang tak sudi.”
Walau bagaimanapun, atas inisiatif dan usaha pihak produksi, walaupun tanpa sebarang bantuan, dekorasi yang dilakukan berjaya direalisasi.
Pelakon ini juga masih mengharap agar ada pihak yang tampil berkongsi rezeki.
“Ada yg cancel last minit .. Tapi mujur, diatas kreativit hos kami @deen_daud, kami usahakan buat yg terbaik. Alhamdulillah, bila anak2 ni tgk ja keadaan asrama diorang selepas di ubahsuai “manja manja”, boleh nampak riak wajah diorang yg mcm tk percaya, terkedu , terkesima, yang senyum sampai ke telinga tu tk payah cakap la.. .walaupun tk lah mcm hotel 5 bintang tp sekurang2 nya sedap mata memandang.
“Harap2 byk la kedai2 carpet ka langsir ka yang sudi utk bekerjasama dgn team SDA ni . . Apa salah nya berkongsi rezeki .. dunia ni pinjaman shj, tak dak apa pun yang akan kekal,” tulisnya mengharap.
Awal tadi, pelakon versatil Azhan Rani ada menitipkan sesuatu buat pengarah senior, Fairoz Loy yang juga merupakan pengarah untuk drama lakonannya di slot Cerekarama semalam, Terima Kasih Ibu.
Bintang drama Nur 2 itu ada berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengarah berkenaan, yang dikongsikan menerusi Instagram.
“Sebab ramai sangat complaint rumah diaorang basah lecak dengan air mata semalam tengok #cerekarama #terimakasihibu aku dah tangkap dan kurung director cerita ni abang @fairuz_loy .. dia la yang jahat sebenarnya punca 1 malaysia murung malam tadi.. Alhamdulillah tahniah buat abang loy dan terima kasih kerana menyulam naskah ini dengan begitu cantik..
“Abang loy ni orang lama sebenarnya.. banyak dah drama2 dia yang menempa kejayaan di tv3 dari dulu lagi.. sekarang pun masih aktif tapi jarang dapat kesempatan kami bekerjasama.. jumpa pun jarang walaupun sebenarnya rumah kami ni dekat2 je,” tulisnya.
Pasa masa sama Azhan Rani turut mendedahkan perbezaan apabila bekerjasama dengan Fairoz.
“Istimewa tentang pengarah ini bila bekerjasama selain mengarah dia adalah guru yang rajin memberi nasihat dan pandangan2 baik untuk aku bukan sahaja sebagai pelakon tapi sebagai manusia.. kadang2 macam abang sendiri.. menganjing aku pun kuat jugak.
“Tapi itulah yang seronoknya bekerja dengan beliau.. part bergurau dan bersembang dia memang best.. part acting dia takkan kompromi kalau kau tak hit target dia.. satu kebanggaan saya bekerjasama dengan abang loy.. semoga Allah beri kesihatan baik untuk abang dan dimurahkan rezeki.. kata dia dalam karya drama dia cuma nak sampaikan pesan.
“Dan aku harap pesan tu tak banyak sikit pun jadilah sampai pada kita semua.. in shaallah bang harap akan ada jodoh kita lagi dicabar naskah lain pada masa akan datang.. #salamramadan daripada saya bang?*tak nak la ajak ngeteh lagi.. nanti kena balik sebab tak tau nak jawab bila tu??,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, drama yang disiarkan bersempena dengan sambutan Hari Ibu itu turut dilakolan Sherie Merlis, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, selebriti dan usahawan terkenal Indonesia , Zaskia Adya Mecca, terus menunjukkan kepeduliannya terhadap umat Islam di Palestin.Tahun ini,...