Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih mesra disapa Cik B mengakui berasa malu sekiranya harus meminta duit daripada ibunya itu.
Katanya, dia risau akan menjadi seorang yang tamak sekiranya dia sering meminta-minta daripada ibunya itu.
Kenyataan tersebut disuarakan Cik B menerusi ruang soal jawab di Instagram Stories miliknya yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.
“Cik B tak kaya..yang kaya adalah mak Cik B. Serious Cik B takde satu sen pun dalam pocket Cik B.
“Cik B pun rasa malu kalau nak mintak mama duit nak beli barang. Cik B tak nak kalau Cik B mintak sekali pastu ulang banyak kali sebab kadang-kadang Cik B pun tamak,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian Cik B itu.
Alahai, bagusnya Cik B ni! SemoGa perkongsian Cik B ini menjadi contoh buat para remaja di luar sana juga.
Sumber: Twitter/ Instagram Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Curang Ni Bukan Paksaan, Tetapi Pilihan.” – Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu melibatkan kecurangan dalam sesebuah perhubungan.
Menurut Fadzilah, 72, isu bermain kayu tiga bukan merupakan satu paksaan sebaliknya ia adalah pilihan yang dibuat sendiri individu yang terlibat.
Bercakap menerusi pengalamannya sebagai pakar motivasi, Fadzilah turut menyatakan kebiasaannya individu yang berlaku curang seringkali susah untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukannya.
“Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah. Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.
“Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.
“Banyak kes yang Tok Abah (Fadzilah) kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect.
“Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
“Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang.
“Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan… sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu entri di laman Instagram miliknya.
Dalam coretan itu lagi, Fadzilah turut berkata seseorang individu yang bermain kayu tiga merupakan antara orang yang tidak mensyukuri serta menghargai keharmonian rumah tangga yang telah dibina selama ini.
“Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
“Memilih untuk menyembunyikan. Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.
“Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Sudah Jodoh Tak Kemana, Hani Fadzil Dedah Faris 5 Tahun Dulu Pernah Buka Cerita Elfira Loy Ialah Gadis Idamannya!
Kalau sudah jodoh tak kan kemana, mungkin itulah situasi yang boleh digambarkan buat pasangan sama cantik sama padan, Elfira Loy bersama pasangannya, Faris Khairol Anuar yang kini sudah pun sah memegang status sebagai suami isteri.
Pasangan ini dinikahkan dalam suaru sesi tertutup yang hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga 1 Januari lalu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
View this post on InstagramA post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
Lalu, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah buat pelakon berkenaan, termasuk penyampai radio, Hani Fadzil yang turut berkongsi suatu hal istimewa melibatkan imam Elfira itu.
Menerusi instastorynya baru-baru ini, Hani ada berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira merupakan si gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu!
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu.
“Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!,” tulisnya.
View this post on Instagramshhhhhhhh ? our official photographer : @project2pi & @cstproduction
A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
View this post on InstagramA post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
Foto: Instagram Elfira, Instastories Hani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lagu ‘Dawai’ Beri Rezeki Buat Iman Darwisy, Syukur Teruja Bakal Sepentas Dengan In-Team
Meskipun baru melangkah ke bidang seni, penyanyi cilik Iman Darwasy, 13 tahun ternyata teruja apabila bakatnya mula disedari umum tatkala kebanyakan video nyanyiannya tular di media sosial.
Pernah tular dengan nyanyian semula lagu Dawai, dia gembira apabila video berkenaan telah memperkenalkan namanya sehingga menarik perhatian beberapa pihak pengurusan untuk merencanakan kerjaya seninya itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ramai pihak sudah nampak bakat yang ada pada diri saya ini. Sudah pasti saya gembira dan mahu melakukan yang terbaik untuk bergelar penyanyi.
“Kalau boleh memang saya mahu berjaya dalam bidang nyanyian. Tapi fokus saya tetap pada pelajaran dan berharap dapat memberikan fokus kepada kedua-dua bidang dalam masa yang sama,” katanya.
Sebelum ini, Iman pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehingga diangkat sebagai juara Bintang Kecil RTM 2023 peringkat Wilayah Persekutuan.
Kemudian, dia sekali lagi melangkah ke pertandingan Bintang Kecil RTM 2023 dan berentap bersama wakil negeri yang lain.
“Walaupun tidak menang, saya gembira kerana itu merupakan pengalaman pertama saya bertanding ke acara yang lebih besar. Banyak pelajaran dan pengalaman baru yang saya terima sepanjang ia berlangsung.
“Sudah pasti saya berterima kasih kepada pihak RTM yang banyak menaikkan semangat saya sehingga ke hari ini,” katanya.
Dia pada masa sama telah pun merakamkan lagu baharu untuk dijadikan tema drama Panggil Aku Dahlia terbitan Jaja Ishak Channel Sdn Bhd.
Terbaru, anak sulung daripada dua adik-beradik ini turut diundang untuk menghiburkan orang Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan pada 16, 17 dan 18 Februari ini di Dataran Indera Pahlawan Chenor, Maran.
Baginya ini merupakan satu undangan istimewa memandangkan ini kali pertama dia diundang ke Maran bagi menghiburkan masyarakat di sana dalam Malam Kebudayaan yang diadakan pada 16 Februari ini.
Bakal berada satu pentas dengan penyanyi legenda nasyid In-Team, pastinya Iman akan sama menghayati erti kasih sayang dan ihsan sesama manusia melalui lagu-lagu yang bakal dipersembahan nanti.
“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam karnival seperti ini dan pastinya saya teruja untuk melihat sendiri persembahan lain seperti nyanyian lagu rakyat, alunan qasidah dan zapin Arab.
“Pihak penganjur pun dah sediakan banyak aktiviti menarik sepanjang tiga hari acara berlangsung. Saya harap, orang Pahang dan kawasan sekitar tak melepaskan peluang untuk datang,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai Moh Karnival Makmur pula, pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk semua ahli masyarakat yang hadir. Menariknya pelbagai hadiah juga disediakan oleh penganjur untuk mereka yang bertuah.
Puluhan reruai jualan juga dibuka bukan sekadar jualan makanan dan minuman tetapi juga jualan produk tempatan yang sinonim dengan masyarakat Pahang seperti hasil kraftangan dan sebagainya.
Moh Karnival Makmur akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada 17 Februari, bermula jam 10.30 pagi di lokasi yang sama.
Pelbagai agensi kerajaan juga turut membuka kaunter bagi memberikan maklumat terkini tentang perkhidmatan yang disediakan oleh mereka dalam membantu melicinkan proses berkaitan.
Lebih menarik, kerajaan Pahang juga membuka pendaftaran Bantuan Prihatin Pahang untuk bayi yang baru lahir, pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan segenap ahli masyarakat bagi menyalurkan bantuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI