“Rasa Nak Bagi 50 Snaps Kat Dia,”- Mahu Bergambar Sama Fazura? Patuhi Cara Ini Dulu Sebab…

Share

Aktres jelita, Nur Fazura merasakan dirinya lebih selesa sekiranya para peminat menyapa dan memberi salam sebelum mengambil gambar bersamanya terlebih dahulu.

Katanya, jika para peminat melakukan hal yang sedemikian, dia sanggup untuk mengambil lebih daripada 50 gambar bersama peminat tersebut.

Pendapat tersebut dikongsikan oleh Fazura di laman Twitter miliknya.

“Gembira dan tenang hati saya bila ada yang menyapa dengan ucap “Assalamualaikum” dahulu sebelum minta bergambar. Rasa nak bagi 50 snaps kat dia!,” tulisnya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan berjanji akan menyapa Fazura terlebih dahulu jika berjumpa kelak.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Fazura itu. Tak salah untuk kita bergambar bersama artis yang kita minat.

Akan tetapi, adab juga tidak harus kita lupakan. Betul tak? Janganlah main terjah gitu.

Sumber: Twitter Nur Fazura

Published by
Aizam Manaf