Pelakon, Fazren Rafi menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isteri telah selamat malahirkan cahaya mata kelima malam tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fazren menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurutnya, hatinya juga turut sebab saat melihat pengorbanan isterinya sewaktu melahirkan bayi mereka.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, selamat melahirkan baby girl 2.8kg pukul 12.01 malam tadi. Malam tadi bila tengok perjuangan, pergelutan dan pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat, terasa keinsafan dalam diri.
“Rasa nak bagi dunia dekat dia. Tak nak lukakan hati dia dan tak nak dia kecewa dengan ikap kita tapi itulah kita ni iman senipis kulit bawang kejap je keinsafan tu.
Dah lama sikit lupa la,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama Spa Q ini turut memaklumkan dirinya akan terus berusaha sebaik mungkin demi membahagiakan isteri serta keluarganya.
“Apa-apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga. Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar (kita nie bukan kuat sangat😜).
“Yang paling penting Faz akan senantiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteriku. Terima kasih kerana menyayangi saya selama ini. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” kongsinya lagi.
Menj ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fazren dan isteri.
Sekadar informasi, Fazren dan isterinya, Syarifah Marlina Ashikin telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Mohd Rizqin Quwais, Rizqeen Humaira, dan Mohd Rizqin Haqq.
Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat yang kini berusia 10 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazren Rafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI