Sejak menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2019, pemilik nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini semakin melakar nama dalam industri seni tempatan. Satu demi satu drama dibintanginya, bermula sebagai watak kecil sehinggalah diberi peluang menjadi pelakon utama, dia membuktikan yang bakat di dalam dirinya tidak disia-siakan.

Selain berlakon, gadis berusia 26 tahun ini juga merupakan hos tetap rancangan infotainment hLive! Kini dia turut diberi peluang meneraju rancangan realiti Hero Remaja 2021 bergandingan dengan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

“Rasa Nak Muntah Dan Sangat Gemuruh,” – Pertama Kali Mengacara Program Realiti Secara Langsung, Shaza Bae Bersyukur Diberi Peluang

Menghampiri ke pentas akhir yang bakal disiarkan secara langsung, Media Hiburan bertentang empat mata dengannya bertanya khabar mengenai persiapan dan juga perasaan mengacara di pentas yang besar secara langsung.

“Rasa nak muntah, nak kencing dan sangat-sangat gemuruh. Sebab saya ada stage anxiety sebenarnya. Dan saya seorang yang meletakkan standard yang sangat tinggi, jadi saya mengharapkan agar saya melakukan tugasan dengan cemerlang malam ini. Kalau tak, saya akan kecewa dengan diri saya sendiri,” kongsinya apabila ditanya perasaan untuk mengacarakan pentas akhir Hero Remaja 2021.

Ads
“Rasa Nak Muntah Dan Sangat Gemuruh,” – Pertama Kali Mengacara Program Realiti Secara Langsung, Shaza Bae Bersyukur Diberi Peluang
Sejak menjuarai Dewi Remaja 2019, langkah Shaza Bae semakin panjang di dalam industri hiburan tempatan.

Menjadi pengacara bukan semudah yang difikirkan, menyusun ayat secara spontan apatah lagi untuk siaran secara langsung memeberikan cabaran hebat kepada mana-mana pengacara sekalipun.

“Rasa Nak Muntah Dan Sangat Gemuruh,” – Pertama Kali Mengacara Program Realiti Secara Langsung, Shaza Bae Bersyukur Diberi Peluang

Mengambil sisi positif peluang yang diberikan, dia berkata, “Peluang yang saya dapat ini digenggam, saya mengambil ini sebagai satu cabaran walaupun sangat gemuruh. Saya sangat sukakan mengacara, jadi saya anggap ini merupakan satu cabaran yang harus saya atasi untuk menjadi seorang pengacara yang bagus. I am perfectionist, bila bab kerja saya sangat mementingkan kesempurnaan. Ekspetasi saya untuk diri sendiri adalah tinggi. Ini merupakan peluang yang sangat berharga dan bukan semua pendatang baru akan dapat.”

Ads

Mengakhiri perbualan, Shaza berkongsi yang dia kini sedang sibuk menyiapkan penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku yang sebelum ini tergendala seketika disebabkan perintah kawalan pergerakan.

“Rasa Nak Muntah Dan Sangat Gemuruh,” – Pertama Kali Mengacara Program Realiti Secara Langsung, Shaza Bae Bersyukur Diberi Peluang

Jangan lupa untuk menyaksikan pentas akhir Hero Remaja 2021 yang akan berlangsung malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.

Ads

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI