
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce yang sentiasa ceria menghiburkan peminat.
Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce ada memuat satu rakaman video ketika sedang menari dan berjoget menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya.
“Too much eh mak buyong ni…,” tulisnya ringkas.
Lantas, perkongsian hos rancangan Immortal Songs ini menjadi perhatian peminat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menasihati agar Ain untuk sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan kandungan
Ini kerana, peminat tidak mahu perkara yang buruk berlaku terhadap aktres berusia 29 tahun itu.
Sekadar informasi, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember 2019.
Dan kini, Ain mengumumkan sedang hamil anak pertama pada November lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hawa Rizwana Malu-Malu Nak Tatap Mata Khai Bahar; “Dia Pandai Buat Pasangannya Selesa.”

Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana akui teruja apabila dapat berkerjasama dengan penyanyi terkenal, Khai Bahar menerusi muzik video lagu terbarunya yang bejudul Oh Wanita.
Menurut Hawa, berlakon di dalam muzik video merupakan perkara baharu buat dirinya lebih-lebih lagi apabila harus bermain dengan emosi.
“Ini merupakan kali pertama saya muncul di dalam sebuah muzik video. Sebelum ini Khai pernah mempelawa saya untuk muzik video lagu Satu Dua Tiga pada 2018 tapi ketika itu masa tidak mengizinkan.
“Saya hanya pernah berlakon sikit-sikit sahaja dalam satu teledrama satu episod. Bila pertama kali saya buat muzik video, banyak perkara yang telah saya pelajari.
“Ini juga kali pertama saya bergandingan bersama Khai. Boleh dikatakan penggambaran muzik video ini sama sahaja seperti berlakon tapi ia lebih tertumpu kepada penjiwaan emosi. Memang tiada dialog tetapi orang akan menghayati lirik lagu,” katanya kepada MH.
Tambah pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, Khai juga telah banyak memberikan tunjuk ajar lebih-lebih lagi untuk mengurangkan rasa malu.
“Saya akui memang ada sedikit rasa gementar tapi pada masa sama, Khai juga pandai membuatkan pasangannya atau sesiapa sahaja yang bekerja dengannya rasa selesa.
“Dia juga banyak beri tunjuk ajar lebih-lebih lagi bila saya rasa malu-malu dan beri idea mengenai watak saya di dalam muzik video ini.
“Contohnya bila ada babak yang perlu bertentang mata tapi dia kata, tak pandang mata pun tak apa. Pandang je bahagian lain dekat muka Khai ni. Hidung atau pipi.
“Saya tak boleh tenung mata dia. Nanti saya akan malu. Dia pun ada banyak pengalaman sebab pernah berlakon drama,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Hawa seronok dengan maklum balas yang diterima daripada netizen terutamanya peminat Khai Bahar.
“Alhamdulillah, maklum balas yang saya terima selepas muncul di dalam muzik video ini sangat-sangat positif. Peminat Khai juga sangat positif. Apa sahaja projek kerjasama Khai mereka akan sokong termasuklah ketika bersama saya.
“Saya anggap itu rezeki Khai kerana dikurniakan fans yang sangat supportive. Saya teruja dengan respon orang ramai terhadap muzik video Oh Wanita. Itu membawa maksud lakonan kami sampai,” akhirinya.
Kurang daripada 24 jam, muzik video lagu Oh Wanita telah pun meraih 50,000 jumlah tontonan di Youtube.
Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya penulis lirik dan komposer terkenal Harry Khalifah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar & Hawa Rizwana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dalam Perjalanan Ke Pintu Multazam,” – Suami Isteri Berangkat Ke Tanah Suci, Aeril & Wawa Zainal Mohon Maaf Segala Khilaf

Beberapa jam lalu, pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memuat naik foto mereka di lapangan terbang memaklumkan mereka akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Posting berkenaan dimuat naik pasangan suami isteri itu menerusi Instagram.
Mengharapkan agar umrah yang akan dilakukan berjalan lancar, Aeril dan Wawa sempat memohon maaf atas segala khilaf sebelum berangkat.
“Dalam perjalanan ke pintu Multazam, mohon doa dan maaf segala khilaf, tulisnya Aeril.
View this post on InstagramDalam perjalanan ke pintu multazam.. mohon doa dan mohon maff segala khilaf…
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
“Doakan saya dan suami selamat pergi dan balik serta mendapat umrah yang mabrur, amin. Mohon maaf salah dan khilaf,” kongsi Wawa pula menerusi Instagram Miliknya.
Lalu, posting berkenaan turut mendapat ucapan dari peminat yang rata-ratannya mendoakan agar perjalanan dan umrah akan berjalan lancar dan dipermudahkan.
Bagaimanapun, foto yang dimuat naik tidak pula disertai oleh anak-anak mereka.
Foto: Instagram Aeril dan Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Lagi Tanggungjawab Saya,” – Bella Astillah Enggan Ulas Keputusan Kes Khalwat Aliff & Ruhainies

“Alhamdulillah….,” demikian komen pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berhubung pengakuan bersalah yang dibuatkan bekas suaminya, Aliff Aziz dan aktres, Ruhainies atas tuduhan berkhalwat, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, enggan mencampuri urusan penyanyi kelahiran Singapura itu memandangkan masing-masing sudah tidak mempunyai sebarang ikatan lagi.
“Perkara itu pun saya mendapat tahu daripada kawan yang berkongsi mengenai berita tersebut.
“Bagi saya, apa sahaja keputusan yang mereka buat, sama ada mengaku bersalah dan sebagainya, ia bukan lagi tanggungjawab saya.
“Selebihnya saya, menyerahkan kepada Allah SWT.
“Saya kini hanya mahu fokus terhadap diri-sendiri dan anak-anak sahaja,” katanya ketika ditemui pada Program Agihan Bubur Lambur Jabatan Imigresen Malaysia, di Putrajaya, hari ini.
Program itu telah disempurnakan oleh dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Selain Bella, antara selebriti lain yang turut hadir termasuk Datuk Hattan, Uqasha Senrose, Bella Astillah, Nadia Brian dan Shah Jaszle.
Ditanya sama ada ia seolah-olah memberi sebarang makna terhadap apa yang berlaku selama ini, penyanyi lagu Tapi Bukan Denganmu itu memilih untuk mengulas terperinci.
“Saya tak nak ulas lebih lanjut, bimbang sekiranya tersalah cakap.
“Tapi apa pun, saya percaya kalau kita berbuat baik, insya-Allah yang datang pada kita pun perkara yang baik,” katanya.
Terdahulu pada 27 Februari lalu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan sebuah kenyataan mengesahkan kes khalwat melibatkan dua selebriti itu selesai dan kedua-duanya sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000.
Mereka berdua masing-masing dituduh di bawah seksyen 27 (a) dan 27 (b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta559], atas kesalahan berkhalwat.
Pada 20 Jun tahun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes khalwat di sebuah kondominium.
Pada 9 Mac tahun lalu, mereka telah dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Ketika isu khalwat itu berlaku, Aliff masih suami kepada Bella Astillah.
Pasangan itu kemudian disahkan bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun lalu, kira-kira tiga bulan selepas Aliff ditangkap khalwat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI