Bersempena majlis pernikahan yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Cintra Lestari ada muat naik sebuah hantaran video istimewa di laman Instagram miliknya.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Bunga telah meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.

Menurut Bunga, selepas pemergian suaminya yang juga merupakan pelakon asal Malaysia, Allahyarham Asyraf Sinclair, dia sering tertanya-tanya adakah dirinya mampu kembali mengecap rasa bahagia.

“Melihat ke belakang dan merasakannya kembali, saat aku bertanya, adakah bahagia itu akan ada lagi? Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan rasa sakit.

“Menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pernah pergi. Akan tetap ada di situ tapi aku boleh hidup dengannya,” katanya.

“Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding “Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding

Ads

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.

“Pada sebuah waktu, hadirlah seorang lelaki yang turut membawa rasa sakit melalui kisah hidupnya sendiri. Waktu demi waktu dilalui. Sakit mula dibahagi.

“Aku tak berasa sendiri lagi. Canda tawa kembali hadir. Aku mula merasakan yang aku layak untuk dicintai dan bahagia,” ujarnya lagi.

“Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding “Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding

Ads

Menerusi video yang sama, Bunga turut berkongsi momen akad nikah bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana.

Katanya lagi, pemergian Allahyarham Asyraf akan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hatinya meskipun selepas dia mendirikan rumah tangga.

“Rasa sakit itu akan selamanya ada tapi lelaki ini mengembalikan senyumanku. Dia membawaku ke suatu tempat yang saya sendiri tak berani nak impikan. Yang dipanggil rumah.

“Awak adalah kawan terbaik yang menyinari gelapku. Pasanganku yang kucintai. Terima kasih kerana membiarkan saya menjadi diri sendiri. Terima kasih kerana mencintai diri saya,” akhirinya.

Ads

Terdahulu, majlis pernikahan Bunga dan Tiko telah berlangsung secara tertutup di Bali yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat.

“Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding “Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding “Rasa Sakit Akan Selamanya Ada, Lelaki Ini…,” – Selamat Nikah Di Bali, Luahan BCL Buat Ramai Merinding

Turut dilihat hadir di majlis tersebut termasuklah kedua ibu bapa Allahyarham Asyraf dan adiknya iparnya Aisyah Sinclair.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram BCL & Luna Maya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI