Semalam, pelakon veteran, Wan Maimunah ada meluahkan rasa terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dilihat seperti mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.
Kata bintang senior itu menerusi Instagram, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalan dan sedih apabila namanya dianggap seperti dipermainkan dengan menggunakan perkataan keji.
“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud,” tulisnya.
“Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Banyak mesej, tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” tulisnya pada entri terkininya pula.
Menerusi Instagram Nur Sajat sebelum ini, dia ada memuat naik rakaman pendek ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya yang diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Ads
Lantas, posting berkenaan terus mendapat kecaman dan ada yang meminta kedua-dua usahawan selebriti itu agar menjaga kata.
Gara-gara memuat naik poster bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, kumpulan nasyid, UNIC ditegur seorang individu kerana dikatakan mengenakan pemakaian yang kurang sesuai.
Menurut individu berkenaan, UNIC sepatutnya mengenai kopiah atau pun serban sekiranya ingin menunjukkan rasa cinta dan sayang terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perkara tersebut mendapat perhatian salah seorang anggotanya yang juga merupakan sorang pengacara, Fakhrul Razi.
Jelas Fakhrul, dunia sekarang ini sedang membahaskan tentang perkara yang lebih rumit dan janganlah kita menyempitkan akal fikiran dengan perkara yang remeh seperti ini.
“Bila kena macam ni jem juga kadang-kadang. Hehe. Kesianla kat orang lain tak boleh sayang Nabi saw, yang cinta Nabi hanya berkopiah & serban?
“Yang berkopiah dan serban, Alhamdulillah. Tak setuju orang pakai cap, jangan sampai label. Yang pakai cap jangan sampi hina sunnah pula.
“Nanti agama ni nampak sempit. Dunia bincang isu orang hina Nabi SAW dengan karikatur, kita isu ni tak lepas-lepas lagi.
“Rujuk beberapa guru, hukum pakai cap harus. Wallahu A’lam. Lapang dada, selawat pada Nabi saw,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fakhrul menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Fakhrul turut mengingatkan kepada orang ramai supaya bertanya kepada yang lebih arif terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut menyifatkan cara pemakaian bukanlah satu masalah selagi ia tidak melanggar syarak atau hukum agama.
Sumber: Instagram Fakhrul Razi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peserta Big Stage 5 (BS5), Aufahanie mendedahkan dia dan pihak pengurusannya mempunyai sebab memilih persalinan yang ‘bold’ pada minggu pertama saingan program realiti berkenaan yang bersiaran secara langsung malam tadi.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar, 20, berkata dia mahukan kelainan memandangkan membuat persembahan tanpa sokongan alat peraga (props).
Sekaligus, ia menyangkal komen segelintir warganet yang menyamakan penampilannya persis Aina Abdul yang berada di posisi juri tetap BS5.
“Untuk minggu pertama, saya buat persembahan tanpa props dan saya mahu stand alone. Jadi kerana situasi tersebut dan saya juga mahu ‘kejar’ markah dari segi kreativiti, pastinya kami perlu letakkan usaha pada busana. Itu sahaja.
“Tiada istilah untuk meniru penampilan Aina sebagaimana yang didakwa,” katanya kepada MH.
Aufahanie ditemui pada sidang media BS5 yang menyaksikan dia meraih markah sebanyak 75.33 peratus daripada juri profesional, berada di kedudukan kelima keseluruhan.
Ditanya mengenai prestasi persembahannya malam tadi, Aufahanie yang menyampikan lagu Geming Jiwa mengakui dia berdebar namun cuba memberikan yang terbaik.
“Jujurnya saya memang gementar. Kali terakhir saya buat persembahan secara langsung pada September tahun lalu di Anugerah Industri Muzik ke-23.
“Bila dapat peluang ini, sudah tentulah perasaan tersebut akan ada. Apatah lagi saya memang menantikan peluang sertai Big Stage sejak lima tahun lalu.
“Ia terbantut susulan kekangan umur dan fokus pada pengajian. Namun akhirnya impian menjadi kenyataan.
“InsyaAllah apa yang boleh saya tambah baik untuk persembahan minggu hadapan ialah kawal perasaan gementar itu.
Jujurnya ketika sesi rehearsal, bagi saya ia lebih baik berbanding malam tadi mungkin kerana ketika itu tiada juri dan penonton.
“Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik dan terima kasih kepada peminat yang mulai menyokong perjalanan saya di BS5 ” katanya lagi.
Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad.
Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ariff Bahran tidak berasa hati dengan komen yang diberikan juri Famili Duo musim ke-3, Mas Idayu yang memintanya untuk menurunkan berat badan sekiranya mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian.
Menurut Ariff, apa yang diperkatakan oleh Mas Idayu adalah perkara benar dan berat badannya memang menaik dengan agak mendadak selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya okay sahaja sebab memang jelas berat badan saya menaik. Orang ramai mula mengenali saya sejak badan saya masih kurus.
“Namun, bila saya kembali muncul di televisyen selepas mendirikan rumah tangga, ramai nampak yang saya agak berisi. Tiada apapun yang saya nak terasa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Juara Dusta ini turut mendedahkan dia telah menurunkan berat hampir sembilan kilogram sebagai persediaan sebelum menyertai program Famili Duo 3.
“Pada awalnya, saya memang sudah menurunkan berat badan untuk bertanding di program ini. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil walau sedikit.
“Saya berjaya menurunkan badan hampir sembilan kilogram dalam masa kurang dua bulan. Saya tak makan nasi dan aktif bermain sukan badminton.
“Doakan saya untuk terus turunkan berat badan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, selepas persembahan lagu Gajah Di Balik Batu ketika persembahan kedua di pentas akhir Famili Duo 3, Ajai meminta Ariff untuk menjaga berat badannya demi mendapatkan stamina ketika membuat persembahan.
“Ariff kena lari sikit bagi lemak-lemak itu hilang. Ia tak bagus untuk kesihatan . Sebab itu kamu menyanyi semput,” komen Ajai.
Sementara itu, Mas Idayu pula menambah, penampilan merupakan antara aspek yang paling penting sekiranya seseorang itu mahu bergelar anak seni.
“Masalahnya, awak adalah seorang artis. Kalau bukan artis, tak mengapa. Nak badan besar pun orang peduli apa.
“Namun, bila nak bertanding dan muncul di atas pentas, kena kecilkan sedikit apa yang kembang,” katanya.
Terdahulu, Ariff bersama sepupunya Haqiem Rusli terpaksa berpuas hati untuk sekadar meraih tempat ketiga di pentas akhir Famili Duo 3.
Tempat kedua jatuh kepada duo adik beradik Adira dan Emma manakala juara pula disandang oleh satu lagi duo adik beradik, Sharif dan Syaiful.
Ketika pusingan pertama, Ariff dan Haqiem berjaya menambat hati juri dengan persembahan sarat emosi menerusi lagu Beribu Sesalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...