Semalam, pelakon veteran, Wan Maimunah ada meluahkan rasa terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dilihat seperti mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.
Kata bintang senior itu menerusi Instagram, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalan dan sedih apabila namanya dianggap seperti dipermainkan dengan menggunakan perkataan keji.
“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud,” tulisnya.
“Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Banyak mesej, tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” tulisnya pada entri terkininya pula.
Menerusi Instagram Nur Sajat sebelum ini, dia ada memuat naik rakaman pendek ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya yang diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Ads
Lantas, posting berkenaan terus mendapat kecaman dan ada yang meminta kedua-dua usahawan selebriti itu agar menjaga kata.
Penyanyi, Adira Suhaimi nekad untuk meneruskan penceraian dengan suami iaitu Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.
Menurut Adira, dia melihat pencerai sebagai jalan terbaik setelah kemelut rumah tangga yang berpanjangan.
“Alhamdulillah saya baik-baik saja sekarang. Saya hanya fokus apa yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak.
“Buat masa sekarang memang ini sahaja jalan (penceraian) yang saya nampak. Apapun, kita tunggu sahaja proses mahkamah.
“Saya percaya memang pihak suami mahu berbaik tetapi macam saya kata jalan yang saya nampak hanyalah perpisahan,” katanya kepada MH.
Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa dimajlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang berlangsung di I Space, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Meskipun berdepan isu rumah tangga, penyanyi lagu Pujaan Hati ini memberitahu dia enggan menunjukkan emosi di hadapan anak-anak.
Malah, Adira mengakui personaliti ceria yang ditunjukkan di media sosial adalah tentang dirinya yang sebenar dan bukan bertujuan untuk menutup rasa sedih yang sedang dilalui.
“Apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah benar. Saya tidak berpura-pura gembira.
“Penting untuk seorang ibu kepada empat orang anak tunjuk yang positif sahaja.
“Saya elak nangis depan anak. Ibu tunjang keluarga, jika hati kurang senang mereka akan rasa melalui layanan kita.
“Kadang kalau kita tak okay, terjerit kepada anak. Itu yang saya tak nak,” ujarnya.
Ditanya adakah dia masih tinggal sebumbung bersama suami, Adira memberitahu mereka masih sah sebagai pasangan dan tidak pernah menghalang untuk tinggal bersama.
Kata Adira, dia juga tidak mahu mengeruhkan hubungan antara suami dan anak-anak walaupun sedang berada dalam fasa untuk bercerai.
“Selagi belum bercerai dia masih suami saya. Saya tidak mahu bergaduh atau hadkan masa dia bersama anak-anak.
“Saya tidak pernah menghalang dia datang atau mahu tidur di rumah. Kalau boleh saya nak berpisah cara baik, matang dan tenang.
“Suami pun ada hak untuk ambil tahu tentang anak-anak dan ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan,” katanya.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.
Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan atau sinonim dengan panggilan Fasha Sandha ada berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi bintang kelahiran Pulau Pinang itu telah menyambut sambutan majlis graduasi anak-anaknya di sebuah pusat pengajian.
“Ready for big School, Maknanya anak2 ibu dah besaq Syukur Alhamdulillah , successfully completed Pre school Education (rayfal 6 year, Jemyma 4 years 8months old),
“Thank You dear teachers and friends, Till we meet again Special Thanks to @ainacopartynsuch For the deco Dear Yaya @mryayapartystation The best clown in town @sugarcandymy For the cake.@badrulazhar_ #iburayfalraysha @locka.m,” tulisnya.
Menerusi foto tersebut, kelihatan bekas suami kepada Fasha iaitu Jejai turut hadir bagi memeriahkan dan meraikan majlis tersebut bersama.
Melihat diruangan komen gambar tersebut, rata-rata netizen memuji sikap baik ibu kepada dua orang cahaya mata itu terhadap bekas suaminya itu.
“Suka tgk sis walaupun dah xde ikatan still Baik dg x husband tu.. Kalau kita ni Langsung x berhubung dah block no hp bagai apalg bg nafkah anak pun tidak Tp Alhamdulillah suami yg skrg Sangat Baik, Semua anak2 duduk dg kami,” tulis netizen.
Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Selepas itu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Faezah Elai ada berkongsi kisah bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Faezah, dia kurang mahir dan kekok untuk memakai kasut tumit tinggi.
Malah, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini memaklumkan bahawa berasa kagum dengan wanita yang sangat cekap berjalan kata memakai kasut tumit tinggi.
“AHaaaaa.. dont be fooled by that heels ladies and gentlemen.. Pakai amik gambaq ja.. I cant even stand properly with those heels.. How lah uollss can walk,run dgn heels..
“Nk berdiri pon rasa nk tertungging dh ni.. I don’t even know why on earth I bought this shoes for, when I knew I cant even stand with this heels..
“Tp nk pakai jugak konon vogue Can someone pls teach me how to walk comfortably with heels.. I’m serious gais.. hakak hanya pandai wedges tu pon setengah jam ja lah.. pastu innalillahiwainnailaihirojiun..
“Anyway happy weekend everyone.. .And owh ni hakak pakai bawal colour baru from @duchessbycpg cantikk woooo colour dia.. oren2 nk pink giteww,” tulisnya dengan berseloroh.
Pelakon, Amir Ahnaf teruja apabila dapat membuatkan ibu dan ayahnya berasa bangga saat menonton filem Kahar Kapla High Council yang pertama kali ditayangkan di acara malam gala, pada Isnin.