Semalam, pelakon veteran, Wan Maimunah ada meluahkan rasa terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dilihat seperti mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.
Kata bintang senior itu menerusi Instagram, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalan dan sedih apabila namanya dianggap seperti dipermainkan dengan menggunakan perkataan keji.
“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud,” tulisnya.
“Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Banyak mesej, tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” tulisnya pada entri terkininya pula.
Menerusi Instagram Nur Sajat sebelum ini, dia ada memuat naik rakaman pendek ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya yang diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Lantas, posting berkenaan terus mendapat kecaman dan ada yang meminta kedua-dua usahawan selebriti itu agar menjaga kata.
Foto: Instagram Wan Mainumah, Sajat