Penyampai radio, Fizi Ali mengimbas detik bersejarah dalam hidupnya saat bergelar bapa kepada puteri sulung, Ameena Sofia.
Video yang dikongsikan Fizi itu melihatkan isterinya, Shakilla Khoriri menanti detik untuk bersalin.
“Bila abam tengok video ni tak tau kenapa rasa sedih sangat..tetiba rasa sayang sgt dekat umi ameena ni..pengorbanan dia untuk lahirkan ameena..banyak sgt dia dah bekorban untuk kami berdua.
Ads
“Korbankan masa depan dia untuk sementara waktu ,korbankan minat dia,korbankan semuanya..harap awak kuat tempuh semua ni. tapi sis comel la pakai macam ni,” tulisnya.
Video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang menyaksikan debaran Shakilla untuk melahirkan bayi sulungnya itu.
Ads
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia tiga bulan.
Foto : IG Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media sosial.
Menurut Atikah, dia belum bersedia untuk mengesahkan berita kehamilannya kerana masih menanti masa yang lebih sesuai.
“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi mengenainya kerana mahu mengelak perkara tidak diingini.
“Saya berjanji akan berkongsi mengenainya kepada pihak media dan peminat bila tiba masanya nanti,” kata bintang asal Singapura itu, petik Harian Metro.
Terdahulu, Atikah seakan memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua menerusi ‘content’ memasaknya di media sosial menerusi ‘Mual Series’.
Menerusi perkongsiannya itu, Atikah memaklumkan dia bukan sahaja mengalami rasa mual malah sering diserang migrain ketika memasak menu ‘Pizza Margherita’.
Perkongsian berkenaan juga turut mendapat maklum balas positif daripada paea pengikutnya.
Imbas kembali, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada Januari lalu.
Umum mengetahui, drama rantaian Korea, ‘Squid Game’ yang ditayangkan di platform penstriman Netflix mencipta fenomena sekaligus mencetuskan tular.
Malah, ia mencipta sukses tersendiri apabila menduduki tangga teratas dalam carta Netflix di Amerika Syarikat.
Bagi anda yang sudah menonton drama yang mengisahkan mengenai pelbagai permainan survival misteri yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak 45.6 bilion won kepada pemenang ini, pastu sedia tahu dengan watak dua orang pemain wanita yang bernombor 067 dan 212.
Lalu pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan ada penonton siri terbabit yang telah menanda (tagged) namanya dan bertanyakan mengenai hal berkenaan di Instagram.
“Good morning! Asal semua tag kita player 067 and 212. Apakah itu?,” tulis Sakinah ringkas.
Lantas, ada peminat yang tampil memberikan respon memberitahu ibu kepada seorang cahaya mata itu sebagai antara pelakon yang sangat sesuai untuk melakonkan watak pemain wanita berkenaan.
“067 watak laylow jek reserved. 212 tu annoying kerek character dia… U boleh bawak tu watak tu. Mesti best.,” tulis seorang warganet.
“Org tag akak sbb squid game…Tapi kan akak..Why you look so alike Kourtney Kardashian? But you’re more beautiful than her…,” tulis lagi seorang peminat.
“Tekan Netflix tekan squid game hahahaha #soalanbocor for you mader,” antara komen yang ditinggalkan pada ruangan komen.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo enggan mengulas lanjut berhubung mengapa nama cucu sulungnya, Bunga Elhaq menjadi pilihan anak dan menantunya, Uzair Haqimy dan Elisya Sandha.
Jelas Jinggo, nama tersebut adalah merupakan kombinasi nama anak lelaki dan menantunya sendiri.
“Nama cucu Tok Sidang….BUNGA ELHAQ….Elhaq tu rasanya singkatan Elisya and Haq..So tu jer ler yang Tok Sidang boleh bagitau ke komer takat ni…
“Yang lain Tok Sidang tak boleh memandai mandai bagitahu… sebab apa? Sebab Bunga Elhaq bukan ANAK Tok Sidang tapi CUCU Tok Sidang….eya idak?
“Kalau Tok sidang buat keputusan pasal Haq and Mikha… ada orang lain masuk campur… Tok Sidang… naik angin…sebab apa? Sebab deme anak Tok Sidang, bukan anak komer…jadi nye…
“Bior Haq dengan Elisya yang mula update pasei Bunga Elhaq… baru le Tok Sidang pulak…sebab ape? Sebab Tok Sidang and Sis ni Dada and Nana Bunga Elhaq… eya idak?,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan hos Sheila Rusly ini memberitahu dia tidak mahu untuk masuk campur segala urusan rumah tangga anaknya.
Ini kerana, sebagai bapa dia mahu anaknya supaya belajar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
“Kalau kita masuk campur itu ini begitu begini, bila nye deme nak belajor buat keputusan untuk keluarga deme sendiri….sebab apa?
Sebab sebelum ni deme pasangan suami isteri… sekarang udoh jadi DADDY MUMMY..eya idak?
“Moral of the story, Jangan campor urusan anak anak kita yang udoh kawin, kita ni orang tua ni ushaaaa jer…peratiiii jer..
“kalau nampak deme Senget, kita luruskan, kalau nampak salah, kita betol kan… tu jer…sebab apa? Sebab zaman kita nak arahkan deme itu ini begitu begini udoh abes…
“Senang cerita bior le anak kita yang udoh kawin… yang udoh ada anak… yang udoh ada family buat keputusan sendiri kecuali bila TERPAKSA ATAU BILA TIBA MASA….kita orang tua ni kena masuk campor baru kita nyebuk balik …Eya idak?,” tulisnya lagi.
Pelakon meningkat naik, Nik Rifaie menafikan dakwaan yang mendakwa dirinya menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk memikat wanita dan mengajak mereka melakukan perkara tidak senonoh.