Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim meluahkan rasa terharu kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Julie atau mesra disapa Miss J kerana tidak putus-putus memberikan  semangat buatnya.

Menerusi perkongsian Youtube Begitu Begini DJ Nazz, Zamani memuji sikap Ju yang sangat memahami kariernya sebagai seorang anak seni. 

“Saya berterima kasih dengan Julie sebab dia banyak membantu dan menyokong saya dari segi luaran dan dalaman. 

“Saya pilih dia sebab dia sangat memahami saya dan pengorbanan dia terlampau besar  pada saya. Jadi, memang wajar sangatlah saya pilih dia.

“Setahu saya, dia memang suka akan saya sejak dulu lagi,” kata Zamani ketawa. 

Ads

Kongsi penyanyi berusia 48 tahun ini lagi, dia tidak mahu menoleh kebelakang seperti mana kisah lampaunya dahulu, sebaliknya mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada masa yang akan datang.

“Kalau ikut pengalaman saya, jika perkara baik, kita boleh ambil dan jika sebaliknya, kita letak tepi. 

“Kita kena teruskan hidup dengan cara yang betul. Kita perlu buat apa yang sepatutnya kita kena buat di dunia ini, seperti mana yang dituntut dalam Islam,” kata Zamani tenang. 

Ads

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza Musim Ke-5 ini mengakui bahawa dia mengambil masa yang agak lama untuk mendirikan rumah tangga berikutan perkara yang pernah menimpanya seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Macam saya, saya ambil masa yang agak lama untuk berkahwin ini sebenarnya saya rasa serba salah dengan diri sendiri kerana ambil masa terlampau lama.

“Hal ini kerana dalam Islam, kita disarankan untuk berkahwin, jadi perkara ini kurang lengkap dalam diri saya.

Ads

“Meski Allah bagi rezeki macam mana pun, hati saya rasa macam tak cukup tenang walaupun saya tengah gembira sebab ada benda yang masih kurang lagi” kongsi Zamani jujur.

Kongsinya lagi, dia kini mahu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

“Sejak saya buka hati saya semula untuk menjalani kehidupan normal, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kita hidup perlu berlandaskan garis panduan hidup,” jelas Zamani. 

Video : Begitu Begini DJ Nazz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI