“Rasa Tak Layak,” – Farah Lee Kongsi Momen Tunai Umrah Tujuh Tahun lalu, Kini Sekali Lagi Dibukakan Hati & Rezeki Jejak Lagi Tanah Suci

Share

Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi momen semasa pertama kali dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pada tahun 2011 dahulu.

Kongsinya, ketika itu dia mempertaruhkan nasibnya apabila menggunakan mahram tumpang dan pergi seorang diri demi menunaikan ibadah umrah.

“Masa buat umrah Ramadan 2011, taktau mana dapat courage berani pergi tanpa teman (first time kenal group member masa kat airport dan guna mahram tumpang) & taktau mana datang duit sampai cukup simpan walaupun masa tu masih student dan baru balik travel dari India.

“Mungkin sebab nekad lalu Allah mudahkan.

“Cuma, ingat itulah umrah terakhir walaupun rindduuu sangat nak pergi. Sebab my opinion, if ada duit lebih, daripada pergi umrah banyak kali baik simpan duit untuk buat haji atau belanja orang tak mampu untuk mereka buat umrah; double pahala — pahala belanja dan pahala umrah mereka pun kita dapat.

“Tetiba bila dah confirmed ticket ke Jeddah, OIC cakap mereka akan sponsor kami untuk umrah juga. Ya Allah masa tu sebak sangat, Maha Pemurah.

“Rasa tak layak pun ada. Apa aku dah buat sampai Kau murahkan sangat rezeki aku. Rasa takut pun iya, takut Allah nak duga dan diri tak mampu terima.

“But here I am today, di tanah suci Makkah, tempat paling tenang dan berkah. Menerima panggilan dan jemputan Allah, untuk sembahkan diri sepenuhnya kepada Allah.

“Farah dah selitkan doa untuk kalian. Sebab kalian selalu doakan Farah dan Maream sekeluarga walau rata-rata tak pernah bersua muka.

“Doakan umrah ini membawa kebaikan kepada Farah, juga kepada kalian semua. Doakan supaya Allah berkatkan rezeki Farah untuk tunaikan haji tahun depan inshaAllah Allahumma amin. #FLinSAUDI #ommatravels,” tulisnya.

ALLAHU…seronok MH baca perkongsian Farah ini, tentu ia membuatkan ramai yang berkobar-kobar semangat untuk turut menjejakkan kaki ke rumah ALLAH SWT itu kan?

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan perjalanan umrah Farah dipermudahkan.

Selain Farah, ada beberapa selebriti lain yang juga turut berangkat ke tanah suci iaitu Siti Sarah dan suaminya, Shuib serta Mark Adam dan isteri. Moga dipermudahkannya kalian!

Foto/Instgaram: Farah Lee

Published by
Khaleeda Rashikin