Rasa Tak Puas, Fizo Omar Rindu Berlakon, Ganding Sama Pelakon Baru

Share

 

Pelakon dan usahawan Fizo Omar meluahkan rasa rindunya untuk kembali berlakon semula. 

Perkara itu dikongsikan Fizo menerusi Instagramnya apabila dia memuji kehebatan drama Bukan Cinta Aku arahan Erma Fatima. 

“Tahniah kak @ermafatima & team drama Bukan Cinta Aku jd satu fenomena kat Malaysia hampir setiap malam trending..

“Terima kasih juga sudi bg peluang kat saya utk turut sama berlakon dlm drama ni.. Walaupun watak Sam dikecam teruk oleh persatuan makcik bawang Malaysia tp takpe saya enjoy nak berlakon & ni kira pengalaman baru bg saya..

“Rasa tak puas & rindu nak berlakon lebih lebih lg dgn zaman sekarang ni ramai barisan pelakon-pelakon baru yg mantap, pengarah hebat & producer yg tersohor.. inshaAllah doakan saya diberi kesempatan ruang masa & tenaga utk kembali aktif dalam bidang lakonan di samping nak uruskan bisnes kecil kecilan..

“So korg layan ke tak cerita #BukanCintaAku ni? Dengar cerita sampai sekarang masih trending nombor 1 kat twitter.. Korang team siapa? Cer komen sikit bawah ni pasal drama Bukan Cinta Aku,” kongsi Fizo. 

Menerusi ruangan komen, netizen berharap agar Fizo dapat kembali aktif mewarnai kembali industri lakonan.

Foto : Instagram Fizo Omar

Published by
MH