“Rasa Yang Jauh Berbeza,” – Sharnaaz Ahmad Mohon Kasih Siapa Tu?

Share

Keluhan rasa diselangi alunan syahdu Mohon Kasih oleh Datuk S.M Salim di laman Instagram sekali lagi menimbulkan spekulasi kepada gosip yang bertebaran berkait dengan rumahtangga Sharnaaz Ahmad.

Berkongsi madah emosi, ‘bulan yang sama, tahun yang lain, rasa yang jauh berbeza’

beserta ikon kelopak mawar yang gugur seolah-olah menggambarkan keadaan hatinya.

Seolah memberi bayangan apa yang berlaku, ‘bulan yang sama’ kerana 31 Mac adalah tarikh pasangan ini diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Malah, luahan bahawa dugaan yang amat berat ditimpakan ke atasnya menguatkan lagi spekulasi.

“Dua tiga minggu ni teringat Arwah mama norain dan tok ba.

“Kalau depa ada harini, depa pasti peluk aku dan kata “Rascal, satu dunia tak sayang cek, takpa aih, mama dgn tok ba syg hang aih”. Al fatihah tok ba dan mama norain.”

Apa-apa pun MH doakan kebahagiaan pasangan ini dan semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad

Published by
Noraini Abd Wahab