Penyanyi terkenal kelahiran program realiti American Idol ini akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, Brandon Blackstock setelah menfailkan penceraian pada Jun 2020.

Pasangan ini menyatakan bahawa masalah ketidaksefahaman sebagai punca utama penceraian. Sepanjang perkahwinan mereka, Brandon berperanan sebagai pengurus kepada Kelly.

Berkahwin pada 20 Oktober 2013, mereka berdua dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Rasmi Bercerai, Kelly Clarkson Diperintah Bayar RM481 Ribu Sebulan Kepada Bekas Suami Sehingga Januari 2024

Setelah melalui proses penceraian yang memakan masa dan perbincangan tentang hak penjagaan anak serta pembahagian harta sepencarian sepanjang berkahwin, penyanyi yang terkenal dengan lagu Because of You itu perlu membayar suaminya sejumlah wang yang besar.

Pertama, dia diarahkan untuk membayar sekaligus wang bernilai RM5.4 juta dan yang kedua dia perlu memberikan nafkah bulanan kepada suaminya lebih kurang RM481 ribu sebulan sehingga 31 Januari 2024.

Rasmi Bercerai, Kelly Clarkson Diperintah Bayar RM481 Ribu Sebulan Kepada Bekas Suami Sehingga Januari 2024

Ads

Akhir sekali, Kelly juga perlu membayar wang nafkah anak sebanyak RM190 ribu sebulan. Setelah melalui perbincangan, dia akan berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas suaminya itu. Walaupun begitu kedua-dua anak mereka akan tinggal bersama ibu mereka di kediamannya yang terletak di Los Angeles.

BACA JUGA: Kim Kardashian Bayar Kanye West RM95 Juta Demi Dapatkan Hak Mutlak Rumah Yang Mereka Diami Sepanjang Berkahwin

Rasmi Bercerai, Kelly Clarkson Diperintah Bayar RM481 Ribu Sebulan Kepada Bekas Suami Sehingga Januari 2024

Hidup bersama lebih kurang 7 tahun, semestinya mereka memiliki banyak harta bersama. Menurut laporan People, penyanyi terkenal itu mendapat hak memelihara haiwan peliharaan keluarga, pelbagai jenis kereta termasuk Ford Bronco, Ford F-250, dan Porsche Cayenne, serta simulator penerbangan.

Manakala Brandon pula akan memperoleh hak ke atas lembu ternakan, ternakan, anjing gembala, kuda , pelbagai kenderaan termasuk Ford F-350, Ford F-250, ATV dan beberapa kereta salji CAT. Ini termasuklah dengan simulator golf dan beberapa jam tangan mewah, Patek Philippe.

Ads

Rasmi Bercerai, Kelly Clarkson Diperintah Bayar RM481 Ribu Sebulan Kepada Bekas Suami Sehingga Januari 2024

Sekadar informasi, Kelly Clarkson mula mengecap populariti sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa apabila memenangi pertandingan American Idol musim pertama pada tahun 2002.

Sehingga kini dia merupakan antara alumni rancangan tersebut yang paling berjaya dan telah menjual lebih 25 juta album fizikal seluruh dunia.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Ads

Kredit foto: Instagram Kelly Clarkson

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI