Pelakon, Atikah Suhaime ada memberikan nasihat kepada para wanita di luar sana supaya menjauhi lelaki yang suka meminta wang dan malas untuk berusaha.
Menurutnya, perkara tersebut hanya akan merugikan dan membuat kita menyesal di kemudian hari.
“So ladies, know your worth.
“If a guy keeps asking you for money tapi dia sendiri tak usaha to get money, tak payah sudah.
“Rather be single for the rest of your life than living with a parasite and die with regrets,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Atikah menerusi akaun Twitter miliknya.
Tambahnya lagi, dia turut mengakui bahawa dirinya lebih selesa untuk berkenalan bersama lelaki yang memiliki kewangan yang stabil.
“And people say I go for men with money. Of course lah giler.
“What til you experience what it feels like when you work like crazy but your bank account zero.
“I can’t even give my parents money. And some more have the cheek to say I owe him for his kindness,” katanya lagi.
Bagaimanapun, status tersebut dibuat secara umum tanpa menyebut mana-mana individu.
Untuk rekod, Atikah Suhaime merupakan pelakon yang berasal daripada Tempines, Singapura dan dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1991.
Sumber: Twitter Atikah Suhaime