Tahniah diucapkan kepada ratu cantik dan pelakon jelita, Sanjna Suri, 31, yang bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya dari Belgium, Bram Demeulenaere, 35.

Pasangan sama cantik sama padan itu bakal menamatkan zaman solo masing-masing pada 17 Januari tahun depan.

Akui tidak pernah berniat untuk merahsiakan majlis pertunagannya pada April lalu, bintang filem Pulau itu akui tunggu masa sesuai untuk berkongsikan berita gembira itu kepada semua.

Sebelum ini, hanya teman rapat yang mengetahui akan perkara tersebut.

Ads

Menurut Sanjna, Bram bekerja sebagai konsultan di Dubai dan menjadi calon suami terbaik untuk sama-sama melayari hidup.

“Kami sudah menjalinkan hubungan selama lima tahun enam bulan termasuk hubungan cinta jarak jauh ketika Bram bekerja di Eropah sebelum ini.

“Bram ada ‘value’ (nilai diri) yang sama dengan bapa saya iaitu seorang yang bekerja keras. Selain bijak merancang kewangan dia juga pandai merancang masa depan,” katanya, lapor Harian Metro.

Ads

Ratu Cantik & Pelakon, Sanjna Suri Kahwin Jejaka Dari Belgium 17 Januari 2025 – “Kami Sudah Jalin Hubungan Lima Tahun Enam Bulan…” Ratu Cantik & Pelakon, Sanjna Suri Kahwin Jejaka Dari Belgium 17 Januari 2025 – “Kami Sudah Jalin Hubungan Lima Tahun Enam Bulan…” Ratu Cantik & Pelakon, Sanjna Suri Kahwin Jejaka Dari Belgium 17 Januari 2025 – “Kami Sudah Jalin Hubungan Lima Tahun Enam Bulan…”

Berkongsi mengenai kerjayanya selepas berkahwin, wakil Malaysia ke pertandingan Miss Supernatural 2018 itu menjelaskan dia akan meneruskan karier seninya seperti biasa.

Ads

Malah, bakal suami juga tidak menghalang akan minatnya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Sanjna Suri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI