Pertandingan Miss Global 2025 telah melabuhkan tirai pada 9 Mac 2025 menyaksikan ratu cantik Vietnam, Nhu Van Nguyen, dimahkotakan sebagai juara.
Tempat kedua dan ketiga pertandingan ini pula dimenangi oleh wakil Jamaica, Kerri-Ann Greenwood dan wakil Puerto Rico, Ediris Rivera. Manakala, wakil Amerika Syarikat, Lindsay Baker dan wakil Filipina, Xena Ramos, berada di kedudukan keempat dan kelima.
Dalam edisi ini, seramai 60 peserta dari seluruh pelusuk dunia menyertai pertandingan berprestij itu yang dilangsungkan di daerah Nonthaburi, Bangkok, Thailand.
Lalui pelbagai peringkat
Daripada 60 peserta, pada malam finale, para peserta dikecilkan ke peringkat top 20 yang mana mereka mempersembahkan penampilan gaun petang dan baju renang.
Kemudiannya peserta top 20 dikecilkan lagi kepada 12 peserta terbaik untuk melalui sesi keyword yang mana mereka perlu menerangkan tentang topik yang diberikan. Setelah itu barulah peserta top 5 dan top 3 diumumkan.
Ads
Pada peringkat top 3 sebelum penentuan pemenang, setiap peserta ditanya soalan yang sama berkenaan dengan slogan Miss Global mana yang mereka pelajari sepanjang pertandingan.
“Sepanjang dua minggu yang saya berpeluang untuk meluangkan masa bersama wanota-wanita lain yang memperkasakan saya belajar untuk memperkasa diri saya, untuk keluar dari zon selesa saya dan menjadi apa yang saya mahu jadi dan kejar impian saya.
“Dan yang keduanya untuk mewakili negara tersayang saya, Vietnam, untuk menampilkan budaya kami, kepelbagaiannya dan itu menjadikan saya sangat bangga.
Ads
“Ketiga untuk memahami kecantikan dari dalam. Kecantikan yang kita faham boleh pudar tetapi legasi dan kasih sayang akan kekal selamanya. Dan perkara terkahir yang saya mahu kongsi adalah semangat setiakawan Miss Global itu menjadi satu bahagian yang saya banggakan,” jawab Nhu Van Nguyen panjang lebar
Wakil Malaysia, Eshwin Kaur, terpaksa berpuas hati apabila hanya berjaya ke peringkat top 20 selepas namanya tidak dipanggil untuk ke peringkat top 12.
Vietnam cemerlang
Kemenangan Nhu Van Nguyen seperti sudah dijangka kerana sejak awal dia menjadi antara pilihan ramai sebagai antara front-runner pertandingan ini.
Ads
Kemenangan model berusia 33 tahun ini menandakan seorang lagi ratu cantik daripada Vietnam berjaya menggondol mahkota antarabangsa.
Sebelum ini seorang lagi wakil Vietnam, Huynh Thị Thanh Thuy mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss International 2024.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali yang pernah hit dengan lagu Pematah Hati suatu ketika dahulu telah mengeluarkan lagu single terbaharunya.
Lagu single terkini pelakon itu berjudul Vroom Vroom dan mendapat perhatian daripada netizen kerana muzik video untuk lagu single tersebut turut menampilan finalis Hero Remaja, Fendy Bakry.
Meski ada yang suka, namun seperti biasa pasti ada yang pesimis, meski lagu tersebut catchy untuk didengari.
Lagu Vroom Vroom hasil ciptaan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.
Sementara pada masa sama, pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad tiada angin tiada ribut juga telah melancarkan lagu single berjudul Pening.
Nabil juga tidak kurang hebat memandangkan dia bukanlah penyanyi namun Nabil berjaya mengeluarkan lagu.
Bagaimanapun, sama seperti Nabila, ada yang suka dan sebaliknya.
Lagu Pening ciptaan DJ Fuzz sementara lirik oleh Waris dan Nabil sendiri.
Malah, ada yang cuba membandingkan kehebatan dua lagu yang dilancarkan pada hari sama ini.
Tidak kisahlah siapa lagi hebat, Nabila dan Nabil telah memberikan yang terbaik kepada peminatnya dan ini merupakan satu usaha yang sangat baik, tak gitu?
Video : Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biarpun belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha terpilih dalam kelompok lapan filem Asia yang layak merebut trofi Filem Cereka Terbaik pada Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 di New York, Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung bulan depan.
Filem cinta yang menerapkan elemen fiksyen sains itu bakal bersaing dengan tujuh judul lain iaitu Look At Me (Singapura), Reclaim (Taiwan), One and Four (Tibet), Angry Son (Jepun), The Sales Girl (Mongolia), Fast & Feel Love (Thailand) dan Perhaps Love (Korea).
Lebih mengujakan, filem Imaginur yang dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle akan dipertontonkan buat kali pertama di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York, pada 23 Julai ini.
Menyedari tujuh filem lain terutama dari Korea, Jepun, Taiwan dan Thailand hebat-hebat belaka, Nik Amir tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi kategori tersebut.
“Saya sedar, peluang untuk menang pasti sengit. Namun, berjaya disenaraikan dalam kategori Filem Cereka Terbaik sudah cukup menggembirakan kami.
“Sekiranya Imaginur dipilih sebagai pemenang, tentu sekali kami sangat bersyukur.
“Sebenarnya, berada dalam kelompok lapan yang terbaik pun sudah cukup membanggakan kami.
“Namun, kami mengharapkan yang terbaik kerana menjadi wakil sulung dari Malaysia ke NYAFF 2022,” katanya.
Filem Imaginur mula menjalani penggambaran pada Mac 2020, namun, terpaksa ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.
Imaginur berkisar kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mengumumkan mengenai pertunangannya bersama lelaki warga Sweden, Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah bersyukur kerana ahli keluarga menerima lelaki tersebut dengan hati terbuka.
Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan lelaki berstatus duda anak dua itu sekitar Disember tahun lalu.
Menurut Sharifah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, famili tidak mempunyai sebarang masalah dengan Michael meski jejaka pilihan hatinya itu bukan warga tempatan.
“Sejujurnya, keluarga saya bukan jenis yang rasis dan mereka sangat seronok sebab ada kehadiran orang baru dalam keluarga besar kami.
“Bukan setakat keluarga saya, keluarga bekas suami pun dah jumpa dengan Michael dan tiada perselisihan yang berlaku,” katanya meminta ramai mendoakan yang baik-baik.
Pada masa sama, Sakinah turut menzahirkan rasa gembira apabila anak tunggalnya, Anais Adha juga tidak ada masalah untuk menerima Michael sebagai bapa tiri.
“Anak faham dan berdasarkan caranya, dia boleh terima bapa tiri baru dia. Michael seorang lelaki yang ada sikap kebapaan, jadi Anais mudah mesra dengannya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.
Kini, adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini telah mengikat tali pertunangan bersama Michael pada tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...