Barangkali dengan ‘resume seninya’ sudah mengenggam lima kali trofi Pelakon Wanita Terbaik (drama dan filem) di Anugerah Skrin, dua trofi di Festival Filem Malaysia dan dua kali dicalonkan dalam senarai akhir Anugerah Festival Filem Asia Pasifik menjadi signal bahawa pelakon yang satu ini, Datin Seri Umie Aida sudah pun mempunyai ‘kerusinya’ sendiri di kancah industri seni negara ini.
Barisan drama dan filem yang dilakonkan Umie memberi kesan mendalam, hingga ada yang masih melekat di jiwa pencinta drama dan filem Melayu. Kembali membina sukses yang bukan calang-calang menerusi filem yang baru ditayangkan meski ‘terperam’ lebih sedekad lalu menerusi Dukun, ikuti 10 trivia menarik mengenai antara aktres terbaik Malaysia ini!
Sama seperti kebanyakan pelakon senior yang kini sudah pun membina nama tersendiri dalam industri seni Malaysia, Umie Aida juga merupakan antara bintang yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja, menggunakan nama Ermie Zura. Antara yang turut bertanding dalam edisi berkenaan ialah pelakon Kuza, Jasmin Hamid dan model terkenal, Irene Santiago. Antara bintang Dewi Remaja lain yang kini sudah sukses dalam dunia seni lain ialah Rozita Che Wan, Rita Rudaini, Wardina, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Antara penampilan terawal adik kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima ini ialah menerusi filem Memori (1991), drama Maafkan Mama dan Air Pasang Dalam. Sementara drama popular terawal yang dilakonkan ialah pada tahun 1994, Pengantin Popular yang menampilkan Ogy Ahmad Daud dan Erma Fatima sebagai pelakon utamanya.
Pencalonan terawalnya di Festival Filem Malaysia adalah pada edisi ke-15 (kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), untuk filem komedi blockbuster, Senario Lagi arahan Aziz M.Osman. Di dalam filem tersebut, Umie mendukung watak sebagai penyanyi, Linda.
Ads
Sementara untuk drama pula, Umie meraih pencalonan di Anugerah Sri Angkasa 1994 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi drama berjudul Rupawan.
Trilogi drama, Selamat Hari Jadi Su menjadi antara drama lakonannya yang paling diingati, hingga melayakkannya untuk menerima sebagai lima calon akhir untuk Pelakon Wanita Terbaik Drama (Selamat Hari Jadi Su 3). Surah Terakhir menjadi drama pertama yang menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin, diikuti dengan Ayuni (2001).
Selain meraih anugerah Pelakon Terbaik Wanita menerusi filem Embun di FFM dan Anugerha Skrin, namanya turut tersenarai sebagai calon akhir kategori sama di Festival Filem Asia Pacific ke-47 yang dilangsungkan di Korea.
Ads
Bagaimanapun, trofi berkenaan disandang pelakon Jepun, Makiko Esumi bagi filem Inochi. Manakala pencalonan keduanya di anugerah sama adalah untuk filem hebat, Qaisy & Laila.
Selain drama dan filem, Umie turut sukses di bidang teater apabila beberapa teater yang dilakonkan turut mendapat perhatian ramai. Antaranya ialah Natrah dan Bahayanya Wanita.
Ads
Jangan tidak tahu, Umie juga pernah mengeluarkan dua buah album. Yang pertama adalah menerusi album Romeo & Juliet yang dihasilkan khusus bagi mempromosikan drama rantaian berkenaan pada 1999.
Tiga tahun selepas itu, dia kembali muncul dengan album Gema Kasih yang turut mengandungi lagu popularnya, Salam Taj Mahal. Judul tersebut turut diambil menerusi drama rantaian lakonan Umie bersama Datuk M.Nasir, Vanidah Imran dan ramai lagi.
Foto: Sumber Google
Foto: Instagram/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lebih setahun memeluk Islam, pengarah Michael Ang mengakui dia kini lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa berteka-teki perihal status agamanya.
Lebih-lebih lagi terutama apabila dia berhajat mahu ke masjid bagi menunaikan solat.
Dalam pada itu, Michael juga ada memuat naik video di Instagramnya dan memaklumkan dia sudah memaafkan netizen yang sering melontarkan kata-kata kesat kepadanya.
“Video harini I nak bgtahu, bila orang dah panggil kau sial and go to hell,I rasa kita kena reevaluated our own worths in this life.
“Sudah-sudahlah DM aku minta maaf sebab dulu panggil aku kafir lah apa lah.. I pun dah lama maafkan korang sebab time tu korang pun tak tahu kan.
“So tak payahlah DM minta maaf and I dah lama maafkan. Kepada mereka yg tak putus-putus sent me wishes, sorry I tak boleh balas sebab terlalu banyak DM
“Saya amat menghargainya dan terima kasih semua. Assalamualaikum,” rakam Michael.
Dengan nada rendah diri, video berdurasi satu minit itu telah mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dimuat naik Michael malam tadi.
Malah, pengarah kelahiran Melaka itu masih mengekalkan nama asal, Michael Ang Hai Swee kerana mahu memberi penghormatan buat kedua ibu bapanya yang telah melahir dan membesarkannya.
Terdahulu, Michael telah memeluk Islam pada Februari tahun lalu, namun merahsiakan perkara tersebut yang hanya diketahui beberapa rakan artis seperti Alif Satar dan Neelofa.
Video : IG Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Che Puan Juliana Evans berjaya melakar sejarah peribadi apabila namanya tersenarai sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2021, menurut sebuah ensiklopedia biografi terbitan BritishPedia.
Menurut Jualiana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, dia menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai hadiah paling bermakna sebagai pembuka tirai tahun 2022.
Katanya lagi, meskipun fasa pandemik telah berlarutan sehingga dua tahun, namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk mengembangkan lagi perusahaan barangan kemas yang sedang diusakan ketika ini.
“This is definitely one of the highlights of 2021 for me. Being validated by an ENCYCLOPAEDIA as one of ‘Successful People in Malaysia 2021’. Thank you so much to BRITISHPEDIA @britishpublishinghouse .
“Perks of the pandemic for the past two years I get to give full attention on running my business @jevansjewelry which I now enjoy working from home so much!,” tulis Jue.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Sabalik Baju itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Juliana turut menitipkan pesan buat orang-orang di luar sana untuk tidak mempedulikan suara-suara jahat yang hanya ingin melihat kegagalan kita.
“I just wanna say that in this society people can be very judgemental towards you. My advice is stay silent tutup sebelah mata and just focus on yourself till you make it! Only YOU know how hard you’ve worked and how much effort it takes to get there.
“DON’T let anyone say otherwise. Now excuse me while I stare at this book sitting nicely on my shelf, in which I’d have to dust off time to time,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi melihat pencapaian tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buatnya.
“Such an inspiration. Congratulations young lady whose working so hard all the way and you deserve it!
“Congratulations. I’m very proud of you.
“Amazing Juliana.
“You deserve Philanthropist award. Congratulations YM,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk info, ensiklopedia tersebut menerbitkan ribuan biografi mengenai tokoh-tokoh personaliti yang berjaya di Malaysia.
Terdahulu, Jualiana Evans mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang lahir pada Julai 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman sosial seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dikenali sebagai Ammar yang menolak untuk berkahwin menerusi sebuah aplikasi telefon pintar.
Gelagat dan reaksi terkejut apabila diminta berkahwin nyata mengundang reaksi lucu netizen.
Menerusi laman Instagram Hot FM, stesen radio ini berkongsi punca mengapa si kecil ini ‘patah hati’ dan tidak mahu berumah tangga.
Jelas Ammar, kekasih hati Cik Ton telah ‘dirampas’ oleh seseorang yang bernama Adam.
“Cik Ton kenapa sampai hati buat Ammar macam ni! 😭💔 Patutlah Ammar taknak kahwin 🤣🤣 Kredit : aennhasbulahh,” kongsinya.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil mempertahankan dirinya berhubung dakwaan tular yang dicetuskan segelintir netizen susulan sebuah sesi bual bicara, baru-baru ini.