Benarlah kata orang, apabila perginya seorang hambaNya yang hebat, berita baik akan mula tersebar dan terbuka satu persatu.

Pemergian adik kepada Datuk Afdlin Shauki, Jefri Adzman Aksan semalam nyata dirasai keluarga dan teman-teman.

Ulas Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre yang hadir bagi mengetuai solat jenazah dan tahlil arwah, dia rasa kagum apabila begitu ramai insan yang berkumpul di luar rumah arwah meski jenazah belum tiba.

Ini kisah yang dikongsikan menerusi Instagram;

Rasa kagum yg muncul apabila sampai ke rumah jenazah?

“Ya. Ini yg saya rasakan tadi. Apabila sampai, ratusan manusia di luar rumah hingga ke lorong2 di luar. Jenazah belum tiba. Saya berpusing2 mencari tempat utk meletak kereta. Terlalu padat.

“Biasa saja ramai yg hadir ke solat jenazah. Tapi utk begitu ramai berkumpul jam 1230 malam sedangkan jenazah belum tiba.. saya kagum. Pasti ada kebaikan pada jenazah.

IKLAN

Saya berbual dgn pembantu Dato @afdlinshaukiofficial. Beliau memberitahu almarhum seorg yg sangat baik. Yg hadir adalah kawan2nya sejak kecil hingga skrg dan kawan2 @afdlinshaukiofficial.

“Beliau kata, kawan Abg Afdlin, kawannyalah. Persoalan mula terjawab.

“Apabila jenazah tiba, almarhum diletakkan betul di tempat almarhumah ibundanya diletakkan 8 bulan lalu. @afdlinshaukiofficial duduk berteleku juga di tempat yg sama. Saya sebak kerana saya ada juga pd mlm tersebut.”

Cuba merungkai kelebihan yang diterima arwah selepas pemergiannya, ustaz Syed menjelaskan seperti yang diceritakan oleh Afdlin, arwah seorang yang sangat suka bersilaturahim.

IKLAN

Malah, selepas kematian arwah ibu lapan bulan lalu, Jefri akan mengambil telefon milik ibunya dan menghubungi satu persatu sahabat untuk bertanya khabar.

Selesai mengetuai tahlil dan solat jenazah kpd almarhum, saya dpt berbual dgn Abg Afdlin. Kata beliau, almarhum adalah adik yg sgt baik. Beliaulah “peacemaker” di dalam keluarga.

“Beliau paling rapat dgn almarhumah ibunda (seperti dlm gambar). Namun kelebihan beliau yg tiada taranya adalah silaturrahmi.

“Beliau mengambil phone almarhumah ibu dan menghubungi satu persatu kawan2 almarhumah untuk bertanya khabar.

IKLAN

“Saya katakan kpd Abg Afdlin, itulah amalan ahli syurga dan itulah cara berbakti kpd ibu yg telah tiada.

Dlm perjalanan pulang, teringat hadis yg saya sebutkan selepas solat jenazah td, pabila jenazah yg lalu di hadapan Rasulullah dipuji2 oleh para sahabat. Maka kata Baginda, wajiblah. Wajib apa?tanya sahabat. Wajiblah syurga buatnya jawab Rasulullah.

“Moga Allah ampunkan dan rahmati sdr Jefri Adzman Aksan,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Rasa kagum yg muncul apabila sampai ke rumah jenazah? . Ya. Ini yg saya rasakan tadi. Apabila sampai, ratusan manusia di luar rumah hingga ke lorong2 di luar. Jenazah belum tiba. Saya berpusing2 mencari tempat utk meletak kereta. Terlalu padat. . Biasa saja ramai yg hadir ke solat jenazah. Tapi utk begitu ramai berkumpul jam 1230 malam sedangkan jenazah belum tiba.. saya kagum. Pasti ada kebaikan pada jenazah. . Saya berbual dgn pembantu Dato @afdlinshaukiofficial. Beliau memberitahu almarhum seorg yg sangat baik. Yg hadir adalah kawan2nya sejak kecil hingga skrg dan kawan2 @afdlinshaukiofficial. Beliau kata, kawan Abg Afdlin, kawannyalah. Persoalan mula terjawab. . Apabila jenazah tiba, almarhum diletakkan betul di tempat almarhumah ibundanya diletakkan 8 bulan lalu. @afdlinshaukiofficial duduk berteleku juga di tempat yg sama. Saya sebak kerana saya ada juga pd mlm tersebut. . . Selesai mengetuai tahlil dan solat jenazah kpd almarhum, saya dpt berbual dgn Abg Afdlin. Kata beliau, almarhum adalah adik yg sgt baik. Beliaulah “peacemaker” di dalam keluarga. Beliau paling rapat dgn almarhumah ibunda (seperti dlm gambar). Namun kelebihan beliau yg tiada taranya adalah silaturrahmi. Beliau mengambil phone almarhumah ibu dan menghubungi satu persatu kawan2 almarhumah untuk bertanya khabar. . Saya katakan kpd Abg Afdlin, itulah amalan ahli syurga dan itulah cara berbakti kpd ibu yg telah tiada. . Dlm perjalanan pulang, teringat hadis yg saya sebutkan selepas solat jenazah td, pabila jenazah yg lalu di hadapan Rasulullah dipuji2 oleh para sahabat. Maka kata Baginda, wajiblah. Wajib apa?tanya sahabat. Wajiblah syurga buatnya jawab Rasulullah. . . Moga Allah ampunkan dan rahmati sdr Jefri Adzman Aksan.

A post shared by Syed Abdul Kadir Aljoofre (@syedkadir) on

Al-Fatihah buat Allahyarham Jefri Adzman Aksan dan takziah buat Afdlin seisi keluarga.

Foto : Instagram Syed Abdul Kadir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI